• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perlukan telefon pintar cepat? Oppo boleh hantar hari yang sama

  • OLEH Najib
  • 7:27 pm
  • 15/04/2020
  • Komen
Perlukan telefon pintar cepat? Oppo boleh hantar hari yang sama
Share on FacebookShare on Twitter

Biasanya kalau nak cepat dapatkan sesuatu barang, kita akan pergi terus ke kedai dan membelinya. Tetapi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, tiada kedai telefon pintar yang dibuka jadi hanya pembelian atas talian sahaja boleh dibuat. Pastinya ia mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke rumah.

Jangan risau, Oppo kini menawarkan penghantaran hari yang sama jika membuat pembelian di Stor Online Oppo Malaysia. Penghantaran hari sama yang percuma ini ditawarkan dari 15 hingga 28 April 2020, semasa PKP berkuatkuasa.



Bagi memastikan anda menerima tempahan pada hari yang sama, pembelian mestilah dibuat sebelum pukul 2 petang. Pembelian selepas 2 petang akan dihantar pada hari esoknya. Alamat penghantaran juga mestilah dalam jarak 10km dari Stor Konsep Oppo. Senarai stor tersebut boleh disemak di sini. Jika lokasi penghantaran melebihi 10km, penghantaran akan dibuat seperti biasa yang mengambil masa sekitar 3 ke 7 hari.

Ikuti langkah berikut untuk membeli dan memastikan penghantaran hari yang sama:



  1. Pergi ke laman web Oppo – www.oppo.com.my
  2. Pilih Online Store
  3. Pilih produk dan warna yang ingin dibeli
  4. Masukkan kod jika ada
  5. Daftar akaun melalui “Create a new account” jika belum pernah mendaftar, atau daftar masuk jika ada akaun
  6. Isi maklumat peribadi
  7. Pilih cara pembayaran dan buat bayaran sepenuhnya
  8. Tangkap layar pembayaran dan simpan maklumat pembelian atau emel pengesahan pembelian.
  9. Stor Konsep Oppo yang dipilih akan menghubungi pembeli untuk urusan penghantaran
  10. Sahkan penghantaran
  11. Penghantaran akan dibuat hari yang sama jika memenuhi semua syarat di atas.

Senarai produk Oppo yang boleh dibeli dan dihantar pada hari yang sama adalah seperti berikut:

  • OPPO FindX2 Pro
  • OPPO FindX2
  • OPPO Reno 10x Zoom 12GB
  • OPPO Reno2
  • OPPO Reno2F
  • OPPO A9 2020
  • OPPO A5 2020 4GB
  • OPPO A5 2020 3GB
  • OPPO A31
  • OPPO A5s 3GB
  • OPPO Enco Free
  • OPPO Enco Q1
Tags: oppoPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Perlukan telefon pintar cepat? Oppo boleh hantar hari yang sama

Perlukan telefon pintar cepat? Oppo boleh hantar hari yang sama

15 April 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN