Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Xiaomi Mi 10 5G akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan

Anda masih mencari telefon pintar baru tetapi Redmi Note 9S tak cukup berkuasa? Anda boleh menunggu sedikit masa lagi kerana telefon pintar flagship Xiaomi, Mi 10 akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan.

Menerusi ciapan di twitter, Xiaomi Malaysia telah memuat naik sebuah poster yang mengatakan, sesuatu yang besar akan datang pada 22 April. Mereka tidak berkata dengan jelas apakah yang akan datang itu, tetapi ia boleh diterjemahkan dari mesej rahsia yang cuba disampaikan.

Pada poster tersebut, terdapat beberapa perkataan yang menggunakan nombor bagi menggantikan perkataan: “5omethinG Big 1S C0ming

Dari sini, kita boleh membawa keluar dua perkara, 5G dan 10. Sudah pasti, perkara ini merujuk kepada Mi 10 yang dilengkapi 5G. Jika benar, ini akan menjadi peranti 5G pertama dari Xiaomi yang dilancarkan di Malaysia.

Bulan lepas, Xiaomi telah melancarkan siri Mi 10 di pentas antarabangsa. Terdapat 3 model Mi 10 yang diperkenalkan iaitu Mi 10, Mi 10 Pro dan Mi 10 Lite. Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti kelas flagship yang dikuasakan cip Snapdragon 865 5G, manakala Mi 10 Lite adalah peranti kelas pertengahan yang menggunakan cip Snapdragon 765, tetapi turut dilengkapi 5G.

Harga jualan siri Mi 10 di Eropah adalah seperti berikut:

  • Mi 10 Pro (8GB+128GB) – EUR 999 (~RM4,347)
  • Mi 10 (8GB+256GB) – EUR 899 (~RM3,912)
  • Mi 10 (8GB+128GB) – EUR 799 (~RM3,476)
  • Mi 10 Lite (8GB+128GB) – EUR 349 (~RM1,518)
BACA  Galaxy A01 Core, telefon Samsung paling murah dikuasakan Android 10 Go

Sudah pasti harga Eropah lebih mahal dari harga di Malaysia. Jadi, kita mungkin dapat melihat peranti 5G di bawah RM1,500 jika Mi 10 Lite turut dilancarkan di Malaysia.

Nantikan lebih banyak maklumat rasmi berkenaan siri Mi 10 apabila dilancarkan pada 22 April minggu depan. Sementara itu, kenali lebih lanjut mengenai keluarga Mi 10 menerusi artikel kami di bawah.