• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Gerak Malaysia – aplikasi pengesanan kenalan untuk COVID-19 boleh mula dimuat turun

  • OLEH Najib
  • 12:36 am
  • 17/04/2020
  • Komen
Gerak Malaysia – aplikasi pengesanan kenalan untuk COVID-19 boleh mula dimuat turun
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi pengesan kenalan Gerak Malaysia, kini telah sedia dimuat turun. Aplikasi yang digunakan untuk mengesan kenalan dan mereka yang pernah berhubung rapat dengan pesakit COVID-19 ini, kini terdapat di Apple Appstore dan Google Playstore.

Gerak Malaysia adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan dari syarikat telekomunikasi di Malaysia. Kami dimaklumkan, ia dibangunkan menggunakan model yang sama seperti di Korea Selatan dan China.



Aplikasi ini menggunakan GPS untuk mengesan lokasi semasa pengguna. Selain itu, Bluetooth diaktifkan untuk pengesanan jarak dekat sesama peranti sahaja.

Notis Privasi Pengguna

Menurut notis privasi serta terma & syarat aplikasi Gerak Malaysia, data peribadi pengguna yang dikumpulkan ini hanya akan digunakan oleh SKMM, untuk mencetak laporan, peta taburan serta lain-lain statistik untuk menyokong usaha pengesanan dan mengurangkan penyebaran COVID-19. Ia juga digunakan untuk mengesan pergerakan pesakit yang positif COVID-19 dan sesiapa yang pernah berhubung rapat, di samping memberi amaran yang perlu.



Semua data pengguna yang didaftarkan di dalam aplikasi ini hanya akan digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah selepas 6 bulan tamatnya perintah PKP. SKMM akan sentiasa memastikan semua data peribadi ini dilindungi dan disimpan di dalam pelayan bersekuriti milik SKMM sahaja.

Aplikasi Gerak Malaysia

Saiz aplikasi ini agak kecil, hanya 11MB di Android dan 71MB di iOS. Pengguna hanya perlu mengisi beberapa maklumat peribadi iaitu nombor telefon, nama, alamat, nombor kad pengenalan dan alamat emel. Selepas mendapat pengesahan nombor telefon, pengguna akan diberikan kod QR unik.

Kod QR kunci pengesanan

Kod QR ini boleh digunakan dalam banyak perkara. Jika pengguna ke hospital, pegawai kesihatan boleh memeriksa kod QR ini untuk mengetahui tahap risiko pengguna dan lokasi yang pernah dikunjungi. Ia juga boleh digunakan oleh polis untuk mengetahui sekiranya pengguna dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

Aplikasi ini dibangunkan sejak 3 minggu lepas dan telah diuji secara dalaman bersama-sama syarikat telekomunikasi.

Sebagai rakyat Malaysia yang turut sama mahu menghapuskan rantaian wabak COVID-19 ini, marilah kita bersama-sama menyumbang dengan bekerjasama menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Ia pasti dapat mengurangkan beban pejuang barisan hadapan dengan banyak, apabila tidak perlu lagi membuat soal siasat untuk mengetahui maklumat tentang pesakit.

Tags: COVID-19Gerak MalaysiaPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Gerak Malaysia – aplikasi pengesanan kenalan untuk COVID-19 boleh mula dimuat turun

Gerak Malaysia – aplikasi pengesanan kenalan untuk COVID-19 boleh mula dimuat turun

17 April 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER