• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Khidmat Pesan & Ambil Tesco, tempah di Whatsapp ambil di pasaraya

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:05 pm
  • 17/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memudahkan urusan dan mengurangkan interaksi fizikal semasa pembelian, Tesco menyediakan perkhidmatan Pesan & Ambil, yang membolehkan pelanggan membuat pesanan melalui Whatsapp dan mengambilnya pada hari sama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie, perkhidmatan berkenaan ditawarkan di 53 daripada 60 cawangan Tesco di seluruh negara tanpa mengenakan sebarang caj perkhidmatan buat masa ini.



Pelanggan boleh membat pesanan pada bila-bila masa antara pukul 8 pagi hingga 4 petang setiap hari. Waktu pengambilan pula sebelum 6 petang pada hari yang sama. 

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak Tesco hanya mengambil 100 pesanan sehari, dengan maksimum 25 barangan keperluan dapur setiap pesanan.



Berikut merupakan cara untuk menggunakan perkhidmatan Pesan & Ambil dari Tesco:

  1. Hubungi cawangan Tesco terdekat dan membuat pesanan menerusi WhatsApp. (Senarai nombor talian boleh dirujuk di sini)
  2. Senaraikan barang yang ingin dibeli
  3. Selepas senarai dihantar, kakitangan Tesco (personal shopper) akan memberi anggaran masa pengambilan dan menghantar kod bar peribadi untuk harga keseluruhan.
  4. Selepas kod bar diterima, pelanggan kemudian boleh datang ke cawangan Tesco yang dipilih, teruskan ke kaunter bayaran khusus untuk Pesan & Ambil.
  5. Tunjukkan kod bar dan bayar sama ada melalui wang tunai, kad debit, kad kredit atau e-dompet.

Buat masa ini, perkhidmatan pesanan dan ambil ini tersedia di semua cawangan Tesco kecuali Tesco Extra Puchong, Tambahan Cheras, Selayang Tambahan, Desa Tebrau, Mutiara Damansara dan KSL, Johor Bharu.

Dengan ada Pesan & Ambil dari Tesco, pelanggan tidak perlu nak beratur panjang sebelum dapat masuk pasaraya. Mungkin boleh tambah bilangan pesanan agar dapat penuhi keperluan pelanggan untuk kuantiti yang banyak. Jadi tidak perlu kerap nak membeli dan ambil barang.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Tesco.

Tags: pesan & ambilTesco
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Khidmat Pesan & Ambil Tesco, tempah di Whatsapp ambil di pasaraya

17 April 2020
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN