Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Shopee sediakan RM15 juta untuk bantu peniaga PKS menjual atas talian

Bagi membantu peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shopee kini memperkenalkan Pakej bantuan Peniaga Shopee yang bernilai RM15 juta. Kira-kira 70,000 peniaga boleh menerima manfaat dari pakej ini.

Pakej ini dijangka dapat menyelesaikan masalah peniaga PKS yang cuba menceburi saluran baharu perniagaan melalui platform e-dagang, dengan menyediakan panduan dan langkah demi langkah yang jelas agar mereka berjaya membentuk perniagaan atas talian. Selain itu, Shopee juga mengurangkan kos agar peniaga tidak terbeban akibat penuruan hasil jualan.

Kepada peniaga yang berminat, permohonan untuk pakej ini dibuka dari 13 April hingga 31 Mei 2020. Antara manfaat yang akan diterima melalui pakej ini ialah:

1. Subsidi Yuran Peniaga

Shopee akan memberi diskaun sehingga 45% untuk yuran peniaga, menerusi program RM19 Penghantaran Percuma dan Coins Cashback. Dengan cara ini, peniaga boleh mengurangkan perbelanjaan penghantaran sekaligus meningkatkan pendapatan.

2. Sokongan Jualan Peniaga

Sempena Ramadhan dan Syawal yang kian hampir, Shopee memperuntukkan RM6 juta dalam bentuk baucar dan kredit pengiklanan berbayar percuma. Semua peniaga berpeluang mendapat manfaat daripada baucar kempen khas setiap minggu yang bernilai RM100,000. Semua peniaga juga akan menerima hingga RM400 setiap seorang dalam kredit pengiklanan berbayar percuma bagi meningkatkan pendedahan untuk produk dan kedai mereka.

3. Pakej Digitalisasi

Khas buat peniaga yang baru menceburi perniagaan atas talian, mereka akan menerima baucar Shopee bernilai RM400, kredit pengiklanan berbayar percuma RM200 dan penyertaan percuma dalam program RM19 Penghantaran Percuma selama 2 minggu. Ini untuk memudahkan peniaga baru beralih ke penjualan atas talian di samping bersedia dengan jumlah pesanan yang meningkat.

BACA  TV Sarawak terima lesen operasi selama 10 tahun, akan bersiaran percuma

4. Manfaat Untuk Peniaga Sedia Ada

Semua peniaga Shopee akan terus menikmati semua manfaat Shopee termasuk kadar yuran sifar bagi pendaftaran, komisen 0% untuk peniaga di pasaran dan yuran penyenaraian 0%. Shopee juga akan terus menanggung kos penghantaran menerusi program penghantaran percuma yang diberi subsidi di seluruh platform.

5. Pendidikan Peniaga

Shopee akan mempertingkatkan kursus percuma Shopee University dalam tempoh ini dengan menambah bilangan kelas dan keluasan topik. Kelas istimewa ini disediakan untuk peniaga baharu bagi membimbing mereka dalam pelbagai perkara daripada pembukaan kedai, kepada penjualan, pemasaran dan operasi. Ia dijalankan atas talian dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

Selama ini, Shopee University telah berjaya melahirkan lebih daripada 10,000 usahawan dan perniagaan di seluruh negara, malah dari pekan dan luar bandar juga.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai pakej ini, layari laman web Pakej Bantuan Peniaga Shopee.