Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Facebook Akan Lancarkan APP Khas Untuk Livestream Permainan Video Anda

Dalam industri penstriman permainaan video, hanya dua nama besar kita nampak iaitu Twitch dan YouTube. Facebook kadang-kadang ada, tapi demografik platform sosial itu lebih pada permainan mudah alih telefon pintar.

Namun, tak lama lagi, Facebook akan turut miliki platform khas untuk penggunanya strim games. Ia menunjukkan Facebook semakin serius untuk memperkukuh kehadiran mereka dalam arena permainan video. Tarikh 20 April 2020 dipilih untuk lancarkan APP tersebut dan sebagai permulaan, pengguna Andorid akan temuinya terlebih dahulu di PlayStore dan versi iOS akan diumumkan kemudian.

Facebook akan menumpukan demografik permainan mudah alih seperti sebelumnya, tapi menerusi satu APP yang dioptimumkan untuk telefon pintar. Strim boleh dikongsi terus ke profil Facebook peribadi ataupun halaman Pages yang diwujudkan khas oleh pengguna.

Asalnya dijadualkan pengenalannya dalam bulan Jun 2020, namun Facebook mempercepat garis masa tersebut untuk tidak terlepas gelombang pentsriman permainan video yang meletus dalam keadaan COVID-19 sekarang.

Ini bukanlah percubaan kali pertama untuk mengetengahkan Facebook sebagai pencabar YouTube dan Twitch. Beberapa percubaan sebelum ini antaranya adalah seperti Facebook GG dan Instant Games.

Sumber: NYT

BACA  Google dan Facebook kelak perlu bayar lesen untuk gunakan kandungan berita dari Australia