• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google dilapor sedang bangunkan kad debit sendiri

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:57 am
  • 20/04/2020
  • Komen
Google dilapor sedang bangunkan kad debit sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Ada beberapa maklumat tertiris di Internet yang menunjukkan Google mungkin sedang menerokai dunia fintek (financial technology) untuk memperluas cakupan aktiviti mereka.

Tiada nama rasmi, penganalisis menamakannya, buat sementara, Google Card . Ia adalah produk seakan BigPay di Malaysia yang berikan fungsi kad debit kepada penggunanya.



Contoh transaksi Google Card

Tapi, solusi Google ini mungkin lebih komprehensif kerana kad ini adalah sebahagian daripada ekosistem Google Pay. Maka, selain kad fizikal, anda juga boleh bayar gunakan cip NFC ataupun akaun Google anda semasa lakukan transaksi dalam talian.

Tidaklah menghairankan kenapa Google beriya-iya ingin hadir dengan produk ini. Paling utama adalah ia bakal beroleh sumber data yang baharu, iaitu data transaksi penggunanya yang boleh dihimpunkan dengan data penggunaan servis Internet mereka. Lantas, Google berpotensi mempertingkat kejituan “membidik” iklan kepada pengguna.



Sebab yang kedua adalah potensi wang yang boleh dijana. Apple Card yang dilancarkan dalam bulan Ogos 2020 lalu kini miliki 5% pasaran transaksi kad global. Sudah tentu Google tak mahu ketinggalan dalam perlumbaan ini.

Setakat ini, tiada maklumat konkrit tentang garis masa produk ini. Jika Adapun, belum tentu ia akan mendarat di Malaysia. Buat masa ini, kita bolehlah guna penyelesaian BigPay dan beberapa produk lain sebagai alternatif.

Sumber: TechCrunch

Tags: Googlegoogle card
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Google dilapor sedang bangunkan kad debit sendiri

Google dilapor sedang bangunkan kad debit sendiri

20 April 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN