• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kedai barangan elektrik Harvey Norman, dibenar beroperasi sepanjang PKP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:09 pm
  • 20/04/2020
  • Komen
Kedai barangan elektrik Harvey Norman, dibenar beroperasi sepanjang PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, Harvey Norman memaklumkan bahawa syarikatnya dibenarkan beroperasi dengan 14 cawangan di semenanjung Malaysia bermula 18 hingga 28 April 2020.

Ia selaras dengan pengumuman kerajaan, yang memberikan kebenaran kepada beberapa perkhidmatan termasuk kedai hardware dan barangan elektrik, automotif, aeroangkasa, perkhidmatan kesihatan sosial serta pembinaan.



Operasi Harvey Norman sepanjang PKP bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 petang setiap hari. Lokasi premis yang dibuka seperti berikut:

  • Harvey Norman IPC Flagship Store
  • Harvey Norman Mid Valley Superstore
  • Harvey Norman IOI City Mall Superstore
  • Harvey Norman Citta Mall Factory Outlet
  • Harvey Norman Aeon Bukit Tinggi
  • Harvey Norman Ampang Point Shopping Centre
  • Harvey Norman Pavilion
  • Harvey Norman Setia City Mall
  • Harvey Norman Sunway Pyramid
  • Harvey Norman Sunway Velocity Mall
  • Harvey Norman Queensbay Mall
  • Harvey Norman Toppen Shopping Centre
  • Harvey Norman Mid Valley Southkey Superstore
  • Harvey Norman Aeon Kota Bharu

Harvey Norman turut menasihatkan pelanggan supaya mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi arahan keselamatan serta kesihatan pihak berkuasa semasa berada di premis. Pihaknya  turut melakukan pemeriksaan suhu di pintu masuk premis dan pelanggan juga digalakkan memakai topeng muka dan sarung tangan serta menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.



Selain pembukaan premis, jualan barangan elektrik dan kelengkapan rumah di Harvey Norman turut dilakukan secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web ini.

Terdahulu, kerajaan turut membenarkan operasi untuk khidmat gunting rambut dan dobi. Walau bagaimanapun, kebenaran itu ditarik balik susulan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain, mendapat bantahan daripada orang ramai.

Sejak PKP ini, dilihat ramai yang membeli barang elektrik kelengkapan rumah terutama peralatan dapur. Dengan kebenaran pembukaan premis barangan elektrik, lebih mudah akses untuk membeli terus di kedai.

Tags: harvey normanPerintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Kedai barangan elektrik Harvey Norman, dibenar beroperasi sepanjang PKP

Kedai barangan elektrik Harvey Norman, dibenar beroperasi sepanjang PKP

20 April 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN