Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

KKM Akan Mula Guna Kit Ujian Pantas Yang Ditempah Dari Korea Selatan

KKM telah mengumumkan yang pada minggu ini, tempahan pukal kit ujian pantas COVID-19 daripada Korea Selatan akan tiba dan mula digunakan di negara kita. Ia berikutan pihak mereka berpuas hati dengan tahap kesensitifan setinggi 84.4% terhadap virus penyebab COVID-19.

Hal ini bermakna, ia cukup berkuasa untuk mengesan kehadiran virus walau dalam kuantiti yang kecil berbanding kit ujian yang lain. Walau bagaimanapun, tiada maklumat tentang kejituan kit tersebut.

Beza kejituan dengan kesensitifan adalah, jika kesensitifan merujuk pada keupayaan mengesan, kejituan adalah keupayaan untuk hasilkan keputusan yang sama walaupun diulang berulang-ulang kali pada sample yang sama.

Kit test jenis Antigen daripada SD Biosensor (sumber)

Kejiutan penting kerana ia boleh memisahkan antara ralat positif dan ralat negatif.

Selain piawaian kesensitifan, KKM juga berpuas hati dengan kos perolehannya. Menurut mereka, ia berharga kurang daripada RM50 setiap satu apabila ditempah secara pukal. Maka, kaedah ini boleh jadi pelangkap kepada ujian sekarang yang dikatakan berharga sekurang-kurangnya RM300 setiap satu dan mengambil masa yang panjang.

Ia lebih baik daripada kit ujian pantas jenis pengesanan Immunoglobulian IGM IgG yang cuba dijual MyEG kerana bukanlah tergolong dalam kategori serologi (sample ujian dari darah), sebaliknya kategori Antigen.

Sampel daripada rongga nasal dan kerongkong adalah materi yang sama digunakan sekarang pada rt-PCR. Tapi, manfaat kit ujian ini adalah ia boleh mengesan kehadiran COVID-19 sepantas 30 minit.

BACA  COVID-19: Rekod baru dicatat hari ini, 869 kes positif dan 4 kematian