Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Penerbangan domestik MAS dan AirAsia akan kembali beroperasi bulan ini

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan bermula 18 Mac lepas, penerbangan antarabangsa dan domestik turut dihentikan operasi. Kini, penerbangan domestik diumumkan akan kembali beroperasi mengikut peranturan yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Malaysia Airlines

Malaysia Airlines telah mengumumkan akan menyambung semula operasi penerbangan domestik mereka hanya untuk 4 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri. Jadual penerbangan yang disediakan adalah seperti berikut:

Bagi yang mahu membuat tempahan penerbangan ini, boleh berbuat demikian menerusi laman web Malaysia Airlines.

AirAsia

Penerbangan tambah rendah AirAsia turut mengumumkan akan kembali beroperasi untuk penerbangan domestik dalam negara sahaja. Mereka tidak menyatakan dengan jelas tetapi ia hanya untuk laluan domestik yang terpilih.

Untuk Malaysia, penerbangan domestik akan beroperasi bermula dari 29 April 2020. Laluan yang tersedia boleh dilihat dan ditempah menerusi laman web www.airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Bagi yang memiliki kredit akaun akibat penebusan penerbangan yang dibatalkan, turut boleh menggunakan kredit tersebut untuk membuat bayaran.

Selain di Malaysia, AirAsia akan beroperasi semula di beberapa negara lain yang terdapat perkhidmatannya, untuk laluan domestik serta tertakluk kepada kelulusan kerajaan setempat. Penerbangan domestik Thailand dijangka akan beroperasi bermula 1 Mei 2020, Filipina pada 1 Mei 2020, India pada 4 Mei 2020 serta Indonesia pada 7 Mei 2020.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penerbangan AirAsia, boleh merujuk di ruangan soalan lazim (FAQ) di sini, menghubungi AirAsia Virtual Allstar (AVA) atau berbual secara langsung dengan ejen Khidmat Pelanggan di support.airasia.com untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Sumber: Malaysia Airlines, AirAsia

BACA  Shot on iPhone 6 pemenang tempat pertama Anugerah Fotografi iPhone 2020