• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Masa operasi ATM dipendekkan lagi, pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja

  • OLEH Najib
  • 10:45 am
  • 20/04/2020
  • Komen
ATM beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini memasuki fasa ketiga, berjalan sehingga 28 April 2020. Jika sebelum ini masa operasi mesin ATM dibenarkan dari pukul 7 pagi hingga 11 malam, kini ia dihadkan lagi operasi kepada pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu berikutan polis mendapati ramai menggunakan alasan mengeluarkan wang untuk keluar hingga lewat malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



TERKINI :

Operasi mesin ATM dihadkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja untuk elak orang ramai bagi alasan keluar hingga lewat malam untuk keluarkan wang : Ismail Sabri-Menteri

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) April 19, 2020

“Polis melaporkan masih ramai menjadikan alasan mengeluarkan wang di ATM kerana kecemasan dan sebagainya. Jadi kita putuskan ia dihadkan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat menteri bagi pelaksanaan PKP di Putrajaya semalam.

Di samping itu, orang ramai boleh menggunakan mana-mana ATM bank walau akaun mereka di bank yang berlainan. Ini kerana kerajaan telah mengecualikan caj RM1 di semua mesin ATM yang menggunakan MEPS. Ia untuk mengelakkan orang ramai bersesak-sesak di mesin ATM bank yang sama sahaja.



Sumber: Berita Harian

Tags: ATMbankPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

ATM beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Masa operasi ATM dipendekkan lagi, pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja

20 April 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN