Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

ATM beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020, waktu operasi harian bagi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan terminal layan diri lain, dihadkan dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Ia dimaklumkan oleh Bank Negara Malaysia dalam soalan lazim (FAQ) yang baru dikeluarkan di laman web BNM.

Menurut BNM lagi, mesin ATM, deposit tunai, cek dan duit syiling akan beroperasi sepenuhnya. Beberapa perkhidmatan kewangan penting lain turut beroperasi sepenuhnya, seperti perbankan dalam talian manakala perkhidmatan pengurupan dan kiriman wang masih disediakan di cawangan bank.

Semua perkhidmatan pembayaran elektronik juga termasuk di dalam perkhidmatan penting, kerana ia termasuk di dalam kategori e-dagang. Jadi, semua perkhidmatan ini akan beroperasi sepanjang masa PKP dikuatkuasakan. Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan elektronik dan perbankan dalam talian untuk sebarang urusan perbankan.

BNM juga memaklumkan, mereka masih beroperasi sepanjang tempoh PKP, namun perkhidmatan barisan hadapan termasuk BNMLINK untuk pengunjung ditutup sementara mulai 18 Mac hingga 31 Mac. Orang ramai boleh menghubungi BNM menerusi eLINK (https://telelink.bnm.gov.my) atau di talian BNMTELELINK 1-300-88-5465 dari Isnin hinga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sumber: Berita Harian

BACA  2GB percuma untuk semua pengguna Yoodo sebagai tanda minta maaf