• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penerima BPN tanpa akaun bank, boleh tuntut wang tunai di BSN

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:51 pm
  • 20/04/2020
  • Komen
Penerima BPN tanpa akaun bank, boleh tuntut wang tunai di BSN
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 20 April hingga 31 Disember 2020, penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank, boleh mengambil bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Hal ini berikutan, terdapat sumbangan BPN yang gagal dikreditkan ke penerima berikutan, sebahagian golongan B40 tiada rekod atau tidak memiliki akaun bank.



Menurut Kementerian Kewangan, penerima boleh ke cawangan BSN dengan membawa kad pengenalan masing-masing untuk menuntut bayaran BPN secara tunai. Dinasihatkan supaya orang ramai mematuhi arahan keselamatan serta kesihatan daripada pihak berkuasa, semasa berurusan di bank.

Selain itu, pengguna juga dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu berhubung status pembayaran mereka sebelum membuat tuntutan di BSN. Cara menyemak adalah seperti berikut:



  1. Pergi ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kod keselamatan (captcha). Kemudian klik butang semak.
  3. Kemudian klik “Paparan Maklumat Bayaran”.
  4. Masukkan id pengguna dan kata laluan untuk log masuk
  5. Status pembayaran akan dinyatakan sama ada berjaya atau gagal. Jika tidak berjaya nombor baucar akan diberikan sebagai rujukan.

Pihak BSN juga akan memantau langkah-langkah keselamatan semasa berada di premis cawangan BSN seperti penjarakan sosial, pemakaian topeng muka dan pemeriksaan suhu sebelum memasuki cawangan. Kaunter cawangan BSN akan beroperasi dari 10 pagi hingga 3 petang sepanjang tempoh PKP.

Semakan berhubung cawangan BSN boleh ke laman web ini atau berhubung dengan pusat hubungan pelanggan di talian 1-300-88-1900.

Bagi mereka yang mahu menuntut bayaran BPN pastikan status bayaran terlebih dahulu, jadi tidaklah bazir masa ke cawangan BSN, tetapi sebenarnya bayaran telah dikreditkan ke akaun bank.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani
Sumber Gambar: Asal Gombak

Tags: BPNbsnCOVID-19Pakej Rangsangan Ekonomi
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Penerima BPN tanpa akaun bank, boleh tuntut wang tunai di BSN

Penerima BPN tanpa akaun bank, boleh tuntut wang tunai di BSN

20 April 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN