• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh tempah bebola daging dan karipap Ikea sekarang dengan diskaun 15%

  • OLEH Najib
  • 4:45 pm
  • 20/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Restoran Ikea yang sangat popular dengan bebola daging dan karipap mereka, masih dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Jika anda tidak dapat datang sendiri untuk membelinya, anda kini boleh membuat tempahan atas talian dan dihantar ke pintu pagar rumah anda.

Ikea kini menawarkan diskaun sebanyak 15% untuk semua penghantaran dan pembelian di kedai. Mereka bekerjasama dengan perkhidmatan penghantaran BungkusIt, bagi menyediakan penghantaran ke rumah pengguna. Aplikasi BungkusIt boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.



Cara BungkusIt beroperasi berbeza dengan GrabFood atau FoodPanda. Ini kerana penunggang BungkusIt sebenarnya membelikan makanan tersebut untuk pengguna, ia tidak disambungkan kepada penjual. Secara teori, sebenarnya penunggang BungkusIt boleh membelikan apa sahaja makanan untuk anda.

Buat masa ini, menu Restoran Ikea masih belum terdapat di dalam aplikasi BungkusIt. Tetapi tempahan boleh dibuat dengan memilih cawangan Ikea berhampiran dan menyatakan makanan yang ingin dibeli. Anda boleh menyemak menu restoran Ikea di sini.



Satu perkara yang perlu diambil perhatian, anda perlu membeli bekas makanan Ikea untuk mengisi makanan yang anda tempah. Bekas makanan JAMKA 1.1-liter ini berharga RM3.20 setiap satu (sebelum diskaun). Bekas makanan lain tidak diterima demi menjaga kebersihan dan mengelakkan penularan wabak.

Restoran Ikea dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari. Untuk makluamt lanjut, layari laman web Restoran Ikea.

Sumber: Ikea

Tags: BungkusItikea
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Anda boleh tempah bebola daging dan karipap Ikea sekarang dengan diskaun 15%

20 April 2020

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER