• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost akan besarkan dompet dan matikan fungsi penghantaran wang ke bank

  • OLEH Najib
  • 3:45 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Boost hari ini mengumumkan, akan membuat beberapa perubahan untuk dompet elektronik mereka. Pengguna dompet Premium Boost akan menerima saiz dompet yang lebih besar, manakala fungsi penghantaran wang ke akaun bank akan dihentikan.

Sebelum ini, pengguna dengan dompet Premium Boost boleh menyimpan sehingga RM1,500 di dalam dompet elektronik mereka. Pengguna Premium juga mempunyai had transaksi sebanyak RM4,500 sebulan dan RM54,000 setahun. Penghantaran wang sesama pengguna Boost juga dibenarkan untuk pengguna Premium, di mana pengguna Basic tidak boleh melakukan.



Dengan akaun Premium yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, saiz dompet akan diperbesarkan yang membolehkan pengguna menyimpan sehingga RM4,999 di dalam dompet Boost. Had transaksi turut dipertingkat kepada RM4,999 untuk transaksi bulanan dan RM59,999 untuk transaksi tahunan.

Tetapi akaun Premium baru ini akan mematikan fungsi penghantaran wang ke akaun bank pada 18 Mei 2020. Ini adalah satu fungsi unik yang ada pada Boost dan tidak ada pada e-Wallet yang lain. Boost mengenakan caj 2% dari nilai penghantaran atau maksima RM2 untuk menghantar wang dalam dompet Boost ke akaun bank.



Bagi pengguna Basic, untuk menaik taraf ke akaun Premium, anda perlu membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan dan mengambil gambar swafoto, serta menambah wang ke dompet elektronik minima RM10 sekurang-kurangnya sekali.

Menurut Boost, dengan jumlah dompet yang lebih besar ini membolehkan pengguna membuat bayaran bil lebih banyak dalam satu transaksi, boleh membeli-belah dengan lebih banyak, serta membeli gajet yang berharga lebih dari RM1,500 yang menjadi had dompet sebelum ini.

Langkah Boost membesarkan nilai dompet mereka ini memang sangat dialu-alukan tetapi agak sedih kerana mereka akan menghentikan fungi penghantaran wang ke akaun bank. Buat pengguna Basic, segera naik taraf akaun anda ke Premium untuk menikmati lebih banyak fungsi di dalam Boost.

Sumber: Boost

Tags: Boost
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026

Boost akan besarkan dompet dan matikan fungsi penghantaran wang ke bank

21 April 2020
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN