Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei kantoi lagi guna gambar DSLR untuk promosi P40 Pro

Nama Huawei masa kini sering dinobatkan sebagai jenama yang memiliki keupayaan kamera di telefon pintar terbaik di pasaran. Kerjasama mereka dengan Leica bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai, tetapi ia benar-benar meningkatkan kehebatan kamera di telefon pintar Huawei.

Tetapi tidak tahu mengapa, Huawei masih cuba menggunakan gambar yang diambil oleh kamera DSLR, sebagai contoh gambar yang kononnya diambil menggunakan telefon pintar mereka. Huawei telah beberapa kali kantoi dalam perkara ini dan terbaru, mereka ditemui melakukan perkara yang sama untuk promosi Huawei P40 Pro.

Kamera belakang Huawei P40 Pro bersama Leica

Perkara itu dilakukan oleh Huawei China apabila memuat naik video promosi Huawei P40 Pro di media sosial weibo. Video tersebut menunjukkan beberapa hasil gambar yang diambil menggunakan telefon pintar P40 Pro.

Tetapi seorang pengguna Weibo mengesan terdapat gambar yang digunakan, sebenarnya diambil dari sebuah platform perkongsian gambar 500px. Lebih parah lagi, gambar tersebut sebenarnya diambil menggunakan kamera DSLR Nikon D850 yang berharga lebih USD3,000! (~RM13,174).

Ia ditambah lagi dengan laporan dari South China Morning Post, yang menemui terdapat dua gambar yang diambil dari 500px. Gambar tersebut ditangkap oleh jurugambar yang sama, Su Tie.

Huawei dikatakan telah meminta maaf berkenaan perkara ini dan menyatakan ia adalah satu kesilapan oleh editor, yang salah menandakan gambar yang diambil oleh telefon pintar Huawei P40 Pro. Video promosi tersebut telah dibuang dan digantikan dengan video baharu.

Sebelum ini, Huawei telah banyak kali dikesan menggunakan gambar DSLR untuk mempromosikan telefon pintar mereka. Pada tahun 2016, Huawei mengaku menggunakan gambar yang diambil oleh kamera DSLR Canon EOS 5D Mark III semasa promosi Huawei P9.

BACA  Huawei umum penjualan MatePad dan MatePad T 10, harga bermula RM799
Sumber: PhoneRadar

Pada 2018, seorang pengguna Reddit telah menemui gambar swafoto dalam video promosi Huawei Nova 3 sebenarnya diambil menggunakan kamera DSLR. Huawei memberitahu CNET, gambar yang dimuat naik ke Instagram dan telah dipadamkan itu hanyalah untuk rujukan sahaja.

Tahun lepas, Huawei sekali lagi menggunakan gambar DSLR untuk mempromosikan telefon pintar Huawei P30. GSMArena menemui perkara tersebut tetapi Huawei memaklumkan, gambar tersebut digunakan sebagai lakaran artistik untuk menunjukkan fungsi pada kamera di telefon pintar tersebut.

Huawei P40 Pro sememangnya memiliki kamera terhebat ada di pasaran sekarang. Tetapi agak menghairankan kerana Huawei sendiri tidak yakin untuk menggunakan gambar yang dihasilkan peranti keluaran mereka di dalam video promosi. Huawei selepas ini perlu lebih yakin terhadap diri mereka sendiri.

Sumber: 9to5google, SCMP