• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kilang Ferrari Maranello kini hasilkan peralatan bantu pernafasan

  • OLEH Najib
  • 12:47 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
Kilang Ferrari Maranello kini hasilkan peralatan bantu pernafasan
Share on FacebookShare on Twitter

Ferrari, nama yang ulung dalam bidang permotoran kini meningkatkan usaha mereka dalam membantu memerangi wabak COVID-19. Ferrari telah memulakan penghasilan injap respirator dan peralatan untuk pelindung muka, di kilang mereka di Maranello.

Sebelum ini, Ferrari telah mengumumkan beberapa siri bantuan untuk kerajaan Itali di mana negara tersebut merupakan salah satu negara yang paling teruk terjejas akibat COVID-19. Di antara bantuan yang telah mereka salurkan ialah menderma sebanyak EUR10 juta kepada kerajaan, membekalkan 150 alat bantuan pernafasan serta menyediakan kenderaan untuk Italian Red Cross.



Bagi meneruskan bantuan menentang COVID-19, Ferrari kini menggunakan kilang penghasilan mereka di Maranello yang telah menghasilkan pelbagai prototaip kereta, sebagai kilang untuk menghasilkan injap respirator bagi alat bantuan pernafasan, serta peralatan pelindung muka.

Kilang Ferrari di Maranello

Injap respirator yang dihasilkan ini, beberapa darinya telah dibangunkan oleh Mares, sebuah syarikat penghasilan barangan menyelam. Ia boleh digunakan bersama topeng muka menyelam Mares untuk kegunaan kecemasan bagi membantu pesakit yang mengalami kesukaran bernafas. Satu lagi injap dihasilkan untuk syarikat Solid Energy, juga digunakan bersama topeng muka menyelam Deacthlon keluaran mereka untuk melindungi petugas kesihatan dari dijangkiti wabak tersebut.



Operasi pasukan F1 Ferrari kini sedang direhatkan berikutan perjanjian bersama persatuan FIA untuk menghentikan buat sementara semua perlumbaan F1, akibat pandemik COVID-19.

Sumber: Formula1

Tags: COVID-19Ferrari
Najib

Najib

POPULAR

Kilang Ferrari Maranello kini hasilkan peralatan bantu pernafasan

Kilang Ferrari Maranello kini hasilkan peralatan bantu pernafasan

21 April 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN