• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V19 akan dilancar di Malaysia pada 23 April

  • OLEH Najib
  • 2:37 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
Vivo V19 akan dilancar di Malaysia pada 23 April
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama berteka-teki dengan pelbagai petunjuk, Vivo Malaysia akhirnya mendedahkan tarikh pelancaran telefon pintar Vivo V19. Ia akan dilancarkan di Malaysia pada hari Khamis, 23 April 2020 pukul 6 petang menerusi livestream di Facebook.

Orang ramai dijemput untuk sama-sama menonton siaran langsung pelancaran Vivo V19 menerusi Facebook Live ini, kerana mereka berpeluang untuk memenangi salah satu dari 3 unit Vivo V19 yang disediakan sebagai hadiah. Harga jualan untuk telefon ini akan diumumkan semasa majlis pelancaran ini.



Selain itu, Vivo Malaysia juga menyatakan tempahan awal Vivo V19 hanya terdapat secara eksklusif di Stor Vivo di Lazada sahaja, dari 23 hingga 28 April 2020. Stor tersebut turut menyenaraikan beberapa hadiah percuma untuk pembeli terawal, antaranya kotak hadiah V19, baucer RM50 untuk membeli Vivo V19 serta jaminan tambahan berupa tambahan tahun kedua serta keretakan skrin.

Stor Vivo di Lazada ini juga mengesahkan satu perkara. Vivo V19 yang dijual mereka memiliki RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Untuk perbandingan, Vivo V17 yang dilancarkan pada Disember tahun lepas, dijual pada harga RM1,699 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Mungkin V19 akan menggantikan kedudukan V17, dengan mengekalkan harga jualan RM1,699.



Vivo V19 adalah telefon pintar yang dikuasakan cip Snadpragon 712, seperti yang ada di Realme 5 Pro. Ia kini memiliki bateri lebih besar, 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W melalui USB-C.

Skrinnya berukuran 6.44-inci, memiliki lubang besar yang memuatkan 2 kamera hadapan. Ia dari jenis AMOLED dengan resolusi HD Penuh, dipasang dengan pengimbas capjari di dalam skrin.

Vivo memasarkan telefon ini dengan kamera yang hebat mengambil gambar waktu malam. Di hadapan, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 32MP bersama kamera ultra lebar 8MP. Kamera belakangnya pula gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP.

Telefon ini menyokong dua kad sim nano serta kad mikroSD. Ia menjalankan sistem operasi Funtouch OS 10, yang direka berasaskan Android 10.

Terdapat 2 warna pilihan untuk Vivo V19, iaitu hitam dan perak. Jangan lupa untuk menonton siaran langsung pelancaran Vivo V19 pada 23 April, jam 6 petang. Mana tahu anda bertuah untuk memenangi hadiah yang disediakan nanti.

Sumber: Vivo

Tags: vivoVIVO V19
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Vivo V19 akan dilancar di Malaysia pada 23 April

Vivo V19 akan dilancar di Malaysia pada 23 April

21 April 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER