• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mesenger Kids, akses perhubungan maya kanak-kanak dengan pemantauan ibu bapa

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:08 pm
  • 22/04/2020
  • Komen
Mesenger Kids, akses perhubungan maya kanak-kanak dengan pemantauan ibu bapa
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook mengumumkan pelancaran aplikasi permesejan khusus untuk kanak-kanak, Messenger Kids di 75 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia, yang membolehkan mereka untuk berhubung dengan rakan-rakan secara maya dengan pemantauan ibu bapa.

Ibu bapa boleh memuat turun aplikasi ini di peranti anak mereka. Aplikasi ini tidak membuat akaun Facebook untuk kanak-kanak, sebaliknya mereka hanya diberi akses untuk menggunakan Messenger Kids untuk berhubung.



Aplikasi ini boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store. Untuk menggunakannya, ibu bapa hanya perlu:

  1. Muat turun Messenger Kids di telefon atau tablet anak anda
  2. Sahkan peranti anak anda dengan memasukkan nama username dan kata laluan akaun Facebook milik ibu atau bapa
  3. Cipta akaun Messenger anak anda. Akaun ini akan dihubung terus ke akaun Facebook anda. Ibu bapa boleh memberi akses untuk sebarang ciri yang terdapat dalam aplikasi ini.
  4. Ibu bapa juga boleh menambah kontak rakan-rakan atau keluarga. Caranya, buka akaun Facebook (milik ibu bapa), klik more (palang tiga) di panel menu bahagian atas dan pilih Messenger Kids.

Selepas akaun dicipta, kanak-kanak boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk bermesej atau membuat panggilan atau sidang video dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.



Antara ciri menarik yang terdapat dalam aplikasi ini:

  • Koleksi Gif, sticker topeng, frame, emoji dan efek bunyi yang bersesuaian dengan kanak-kanak
  • Kanak-kanak juga boleh menghantar gambar, video dan mesej semasa membuat panggilan video kepada kenalan yang telah dimasukkan oleh ibu bapa
  • Fungsi melukis untuk kanak-kanak mengekspresi kreativiti mereka semasa melakukan panggilan video atau bermesej.

Menurut Facebook, maklumat kanak-kanak dalam Messenger Kids tidak akan disalurkan kepada pihak ketiga. Pihaknya juga sentiasa merujuk dengan panel penasihat, bagi membantu ibu bapa memantau aktiviti selain, memberi panduan kepada kanak-kanak untuk menggunakan media sosial dengan lebih bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Messenger Kids, orang ramai boleh merujuk di sini.

Kanak-kanak zaman sekarang sudah dihidangkan dengan kemudahan teknologi yang meluas. Dengan adanya Messenger Kids ini, akses untuk mereka berhubung secara maya bolegh dipantau namun, ibu bapa juga perlu kawal had penggunaan mereka.

Tags: FacebookMessenger Kids
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Mesenger Kids, akses perhubungan maya kanak-kanak dengan pemantauan ibu bapa

Mesenger Kids, akses perhubungan maya kanak-kanak dengan pemantauan ibu bapa

22 April 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN