Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

AMD Tawar 2 CPU Baharu Untuk Pembangun Mesin Gaming Bajet

Khalayak yang miliki hobi menghasilkan desktop secara DIY tentunya suka tentang berita ini. AMD  telah mengumumkkan dua CPU dalam keluarga Zen 2 dan mereka ialah dua produk yang termurah dalam siri itu setakat ini. Menurut sumber, Ryzen 3300X dan 3100 masing-masing miliki tanda harga RM549 dan RM449.

Sebagai perbandingan, CPU yang berada satu tahap diatas Ryzen 3300X iaitu 3600X, dilancarkan di Malaysia pada harga RM859. Memang anda ada opsyen seperti 3200G, 300GE, ataupun 3000GE yang lebih murah. Namun, sekiranya anda ingin alami manfaat mikrosebina Zen 2 yang diumumkan AMD pada 27 May 2019, dua CPU terbaharu ini adalah opsyen yang termurah.

Ada beberapa manfaat tambahan yang anda perolehi melalui mereka. Paling ketara adalah penggunaan litografi 7nm berbanding 12nm pada generasi sebelum ini.Anda boleh lihat clockspeed asas yang lebih tinggi, bermula 3.6Ghz dan keupayaan untuk di-overclock sehingga 4.3Ghz serta sokongan modul RAM DDR4 berkelajuan 3,200Mhz dalm konfigurasi dual-channel.

Disamping itu, AMD juga memasukkan sokongan PCIe 4.0.

Apa yang kekal adalah kadar TDP. Pada 65W, ia menggunakan tenaga yang sama seperti beberapa CPU bajet AMD yang lain tapi boleh beri prestasi yang lebih tinggi pada penggunanya.

Sumber: AnandTech, AMD

BACA  Presiden Trump “arah” Microsoft beli TikTok