Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Penyedia internet tanpa had di dalam dan luar rumah, Nex.life akan tamat perkhidmatan?

Nex.Life adalah anak syarikat Telekom Malaysia (TM) yang menawarkan perkhidmatan unik. Mereka menawarkan pelan internet tanpa had menggabungkan jalur lebar tetap 30Mbps di rumah dan talian mudah alih 4G LTE pada kadar RM99/bulan sahaja.

Tetapi perkhidmatan yang disediakan oleh Nex.Life ini mungkin menemui penghujungnya. Seorang pengguna Nex.life telah berkongsi dengan kami tentang emel dari Nex.Life yang diterimanya. Ia menyatakan, perkhidmatan Nex.Life akan ditamatkan pada 30 Jun 2020.

Mereka tidak menjelaskan apakah sebab yang membuatkan mereka berhenti menawarkan perkhidmatan unik ini, tetapi Nex.Life menawarkan satu pelan Unifi dengan diskaun. Lebih menarik lagi, pengguna Nex.Life yang menerima tawaran ini boleh menggunakannya secara percuma selama 6-bulan.

Pelan Unifi yang ditawarkan oleh Nex.Life ini ialah pelan 30Mbps bersama Media Box berkadar RM149/bulan. Tetapi ia ditawarkan pada kadar RM99/bulan, diskaun sebanyak RM50. Pengguna yang berminat, perlu menerima tawaran ini selewat-lewatnya pada 20 Mei 2020. Pasti pengguna juga perlu menerima kontrak 24-bulan.

Pelan Unifi 30Mbps + media box

Bagaimanapun, pemasangan tidak boleh dibuat selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, melainkan kawasan rumah pengguna berada di zon hijau. Jadi, perlu tunggu selepas tamat PKP barulah boleh dipasang Unifi di rumah.

Nex.Life akan menghubungi pengguna dalam masa terdekat untuk memaklumkan tawarann ini. Pengguna juga boleh menghubungi Nex.Life menerusi Live Chat di laman web atau menghantar emel ke [email protected].

Terima kasih kami ucapkan kepada @fadlisaad atas perkongsian maklumat ini.

BACA  PKP: Motosikal dan Bas Ekspress kini dibenarkan bergerak merentas negeri