Malaysia Buka Pintu Untuk Jadi Lokasi Ujian Klinikal Vaksin COVID-19

Dalam sidang media harian KKM pada 23 April 2020, pihak mereka mengumumkan yang sedang bekerjasama dengan dua syarikat farmaseutikal dari China dalam pembangunan vaksin COVID-19.

Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia – sumber

Walaupun tidak memetic entiti mana yang sedang mereka bekerjasama, menurut laporan media lain, ia dikatakan sedang dibangunakn oleh Sinovac Biotech dan Wuhan Institute of Biologial Product. Vaksin daripada Sinovac Biotech sedia untuk melalui ujian klinikal manusia selepas ia berjaya melindungi monyet ujian daripada COVID-19.

Dengan kerjasama ini, KKM berharap yang Malaysia akan diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 sejurus ia dikomersialkan kelak. Mereka juga menyatakan yang, walaupun negara ini tidak miliki kapasiti untuk membangunkan vaksin, tapi kita masih boleh jadi hub untuk pengeluarannya.

Selain negara China, MOSTI juga berkongsi yang beberapa negara lain turut menyatakan minat untuk melakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 di tempat kita. Antara yang menghubungi pihak beliau adalah seperti United Kingdom, Korea Selatan, Bosnia, dan Russia.

Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI – sumber

Selain dua vaksin yang disebut KKM, ada sekurang-kurangnya 6 vaksin lain yang sedang menjalani ujian klinikal manusia setakat 23 April 2020 manakala 77 lain sedang dalam proses dibangunkan menurut WHO.

Sumber: TheEdgeMarket