• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Philips TAPH805, earfon wayarles dengan anti hingar dijual pada tanda harga RM 999

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:20 pm
  • 24/04/2020
  • Komen
Philips TAPH805, earfon wayarles dengan anti hingar dijual pada tanda harga RM 999
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan pada tahun 2019, Philips mengumumkan bahawa earfon wayarles, TAPH805 kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan harga kelas pertengahan RM 999 seunit.

Apa yang menarik tentang fon kepala ini? Ia miliki keupayaan teknologi penyaring hingar (ANC) yang menghalang gangguan bunyi dari luar ketika menggunakannya. Kelebihan ini dicapai menerusi penempatan empat mikrofon di setiap earcup PH805 (dua di luar dan selebihnya di dalam).



TAPH805 adalah salah satu model paling ringan di dalam kelasnya, pada berat hanya 235 gram. Earcupnya diperbuat daripada busa memori lembut yang melekap selesa pada kepala dan turut membantu menyaring bunyi hingar. Earfon ini boleh dilipat untuk berikan tahap mobiliti yang tinggi.

Philips TAPH805 mempunyai HRA-accredited untuk lebar jalur dari 7 hingga 40,000Hz. Ia menggunakan pemacu bunyi daripada jenis neodymium sebesar 40mm dan menyokong sambungan Bluetooth 5.0.



Fon kepala ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 jam dan perlukan 2 jam untuk dicas penuh . Kalau anda dalam keadaan tergesa-gesa, pengecasan selama 15 minit berikan anda waktu guna selama 6 jam manakala 5 minit mengecas berikan anda 2 jam waktu guna. Kalau kehabisan tenaga sekalipun, TAPH805 juga boleh digunakan dengan wayar.

Ia boleh menyeru pembantu maya Google Assistant ataupun Siri untuk berikan arahan suara. Kawalan bunyi boleh dibuat menerusi pad peka sentuhan di sisi earfon selain mengaktifkan atau menyahaktif fungsi penyaring hingar. Bagi tujuan keselamatan, ia ada fungsi Awareness Mode untuk jadikan anda lebih peka terhadap bunyi persekitaran sambil mendengar muzik.

Pada harga yang ditawarkan iaitu RM 999, TAPH805 boleh didapati di stor dalam talian seperti berikut:

  • Lazmall Mall
  • Asashi Website
  • Lazada, Shopee  
  • EIT Store
  • Electrical Shing Hing

Untuk maklumat lanjut berkenaan TAPH805 boleh layari laman web ini.

Kehadiran TAPH805 menambah seleksi model earfon wayarles dengan anti hingar buat pembeli di luar sana. Dengan spesifikasi yang ditawarkan, ia berbaloi dengan tanda harganya.

Tags: philipsPhilips TAPH805
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Philips TAPH805, earfon wayarles dengan anti hingar dijual pada tanda harga RM 999

Philips TAPH805, earfon wayarles dengan anti hingar dijual pada tanda harga RM 999

24 April 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN