Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Gamers China Sanggup Beli “Set AP” Nintendo Switch Daripada Beli Set Rasmi, Ini Sebabnya

Sewaktu dilancarkan di China, konsol Nintendo Switch boleh dibeli secara rasmi pada harga RMB 2,098 (RM1,291). Sedang seluruh dunia menghadapi masalah bekalan, di China perkara itu tidak berlaku, sekurang-kurangnya untuk set rasmi China.

Pengguna dikesan lebih gemar mendapatkan konsol terpakai daripada jenis yang diseludup daripada luar walaupun terpaksa membayar harga setinggi harga baru. Ia tentu sekali menunjukkan ada sesuatu yang tidak disukai pengguna yang berada dalam pasaran permainan video terbesar di dunia itu.

Nintendo Switch masuki pasaran China tahun lepas, lebih setahun selepas pelancaran rasmi

Sebab yang pertama adalah Great Firewall. Tirai besi digital ini menghalang pemain yang menggunakan konsol China daripada bermain secara online bersama pemain diluar negara itu.

Sebab yang kedua ini lebih parah. Sudahlah Nintendo Switch ini permainan AAA-nya agak terhad, di konsol versi China lagilah terhad. Tahukah anda yang ia hanya sokong 3 permainan setakat ini iaitu:

  1. New Super Mario Bros U Deluxe
  2. Super Mario Odyssey
  3. Mario Kart 8 Deluxe

Permainan AAA terbaharu Animal Crossing: New Horizons pun masih belum masuki China, malah diharamkan terus daripada dijual.  Hal ini kerana ada aktvis pro-demokrasi Hong Kong yang menggunakan fungsi multiplayer permainan itu untuk sebarkan ideologi. Tapi, gamers di sana sanggup belinya pada harga hampir 42% lebih mahal daripada pasaran.

SUmber: SCMP

BACA  KKM nasihatkan henti amalam "fist bump" ketika bersosial