• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Perkataan Sindhi ini boleh akibatkan iPhone berhenti berfungsi

  • OLEH Najib
  • 10:17 am
  • 27/04/2020
  • Komen
Perkataan Sindhi ini boleh akibatkan iPhone berhenti berfungsi
Share on FacebookShare on Twitter

Bukanlah kali pertama kita mendengar tentang iPhone yang boleh berhenti berfungsi akibat menerima perkataan yang diluar kebiasaan. Terbaharu adalah karakter dari bahasa Sindhi. Apabila mana-mana peranti iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch menerima notifikasi tentang perkataan Sindhi ini, ia akan berhenti berfungsi.

Pengguna tidak akan dapat menggunakan peranti kerana ia tidak lagi memberi respon kepada sebarang sentuhan dan kadang kala ia terus terpadam. Nasib baik, ia boleh dipulihkan kembali dengan mematikan dan menghidupkan semula peranti tersebut.



Perkara ini dibuktikan oleh EveryThingApplePro di dalam video mereka. Beliau menunjukkan bagaimana selepas menerima perkataan Sindhi tersebut, telefonnya telah kehilangan banyak fungsi dan terpaksa dimatikan untuk ia berfungsi semula.

The craziest iOS crash text bug 💀 pic.twitter.com/29LJPb67WP

— EverythingApplePro (@EveryApplePro) April 23, 2020

Jika anda hendak mencuba sendiri masalah ini, anda boleh buka ciapan twitter EveryThingApplePro dan baca di komen di bawahnya. Terdapat pengguna yang berkongsi perkataan Sindhi tersebut di dalam komennya. Tetapi ingat, ia mungkin boleh membuat peranti Apple anda berhenti berfungsi.



Sumber asal masalah ini tidaklah diketahui tetapi ia bermula dari permesejan Telegram. Bagaimanapun jangan risau, Apple dikatakan telah mengeluarkan kemaskini Beta iOS 13.4.5 yang membaiki masalah ini. Tetapi ia mungkin masih belum dapat dimuat turun semua.

Ingat, jika anda menerima notifikasi berkenaan perkataan ini dan peranti anda berhenti berfungsi, maka matikan dan hidupkan semula peranti itu untuk ia kembali boleh digunakan. Cara lain pula, tutup fungsi notifikasi di peranti anda.

Sumber: 9to5Mac

Tags: appleapple iphone
Najib

Najib

POPULAR

Perkataan Sindhi ini boleh akibatkan iPhone berhenti berfungsi

Perkataan Sindhi ini boleh akibatkan iPhone berhenti berfungsi

27 April 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER