• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A92 dan Enco W31 akan tiba serentak pada bulan Mei

  • OLEH Najib
  • 3:38 pm
  • 28/04/2020
  • Komen
Oppo A92 dan Enco W31 akan tiba serentak pada bulan Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini mengesahkan bahawa dua produk baru mereka akan dilancarkan di Malaysia pada awal bulan Mei 2020. Dua produk tersebut ialah telefon pintar Oppo A92 dan fon kepala TWS, Oppo Enco W31.

Majlis pelancaran untuk kedua-dua produk ini akan diadakan pada hari Isnin, 4 Mei 2020, pukul 11 pagi. Ia boleh ditontton secara langsung, menerusi Facebook Oppo Malaysia serta di saluran Astro Ria. Orang ramai boleh menonton Astro Ria secara percuma menerusi aplikasi Astro Go.



Bagi menarik perhatian lebih ramai orang menonton pelancaran ini, Oppo menawarkan hadiah percuma yang akan diberikan semasa siaran langsung ini. Satu unit telefon pintar Oppo A92 dan tiga unit fon kepala Enco W31 disediakan untuk penonton di Facebook Oppo Malaysia. Tawaran eksklusif akan diumumkan di saluran Astro Ria.

Oppo A92 adalah telefon pintar Oppo serba baharu yang belum dilancarkan di negara lain. Ia menampilkan empat kamera belakang dengan kamera utama 48MP. Manakala Enco W31 adalah fon kepala TWS mereka yang lebih murah berbanding Enco Free.



Harga jualan dan spesifikasi penuh kedua-dua produk baru Oppo ini akan diketahui pada majlis pelancarannya pada 4 Mei 2020. Jangan ketinggalan untuk menonton siaran langsung pelancarannya untuk peluang memenangi hadiah berupa produk Oppo yang baru dilancarkan ini.

Tags: oppoOppo A92oppo enco w31
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo A92 dan Enco W31 akan tiba serentak pada bulan Mei

Oppo A92 dan Enco W31 akan tiba serentak pada bulan Mei

28 April 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN