Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Astro Go buka pendaftaran percuma untuk semua selama 11 hari

Astro sebelum ini membuka saluran filemnya supaya boleh ditonton semua pelanggannya tanpa caj tambahan. Kemudian, Astro menyatakan pelanggan Astro Sports Pack pula boleh menonton semua saluran di Astro secara percuma. Hari ini, Astro mengumumkan siarannya dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang bukan pelanggan Astro.

Dari 21 hingga 31 Mac 2020, semua rakyat Malaysia kini diberikan akses untuk menonton 22 saluran Astro secara percuma, menerusi Astro Go. Sebelum ini, aplikasi Astro Go hanya menerima pendaftaran dari pelanggan Astro sahaja. Ia memberi kemudahan untuk mereka menonton Astro secara bergerak atau di luar Set-Top-Box (STB).

Aplikasi Astro Go boleh dimuat turun dari Apple Appstore atau Google Playstore, atau ditonton menerusi pelayar di alamat astrogo.astro.com.my. Pendaftaran adalah percuma, menggunakan alamat emel sahaja. Selepas mendaftar masuk, pengguna boleh melihat senarai 22 saluran percuma tersebut iaitu:

  1. Astro Prima 
  2. Astro Oasis 
  3. Go Shop HD RUUMA 
  4. Go Shop HD GAAYA
  5. Astro Vaanavil 
  6. Makkal TV 
  7. Astro AEC 
  8. GO SHOP Chinese 
  9. TV Alhijrah 
  10. Celestial Movies  
  11. Celestial Classic Movies 
  12. CCTV4
  13. Astro Xiao Tai Yang 
  14. Astro Awani 
  15. Bernama TV 
  16. Astro Tutor TV UPSR 
  17. Astro Tutor TV PT3 
  18. Astro Tutor TV SPM 
  19. Astro Arena 
  20. eGG 
  21. HELLO 
  22. Cartoon Network  

Selain siaran langsung, orang ramai turut boleh menonton beberapa kandungan secara “On Demand”. Walaupun tidak banyak saluran premium yang dibuka untuk semua, ia pasti dapat memenuhi masa yang banyak diluangkan di rumah.

Jika anda mahukan lebih banyak pilihan filem, iflix kini menawakan akses VIP percuma selama sebulan. banyak filem tempatan, asia tenggara serta antarabangsa terdapat di dalam iflix. Malah, ia turut menyediakan banyak kandungan drama dan bersiri di dalam dan luar negara. Untuk menebus kod tersebut, rujuk cara-caranya di sini.

BACA  Apple Pay ditemui di Malaysia, adakah ini petanda awal?

Sumber: Astro