• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Penumpang AirAsia wajib pakai topeng muka dan dibenarkan bawa hanya satu bagasi kabin

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:31 pm
  • 28/04/2020
  • Komen
5 juta kerusi tambang terlampau rendah dalam promosi AirAsia bermula Ahad ini
Share on FacebookShare on Twitter

Air Asia melaksanakan dasar penerbangan baharu sebagai usaha untuk menjamin keselamatan penumpang dan kakitangan dan kru syarikat sepanjang pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Keselamatan Kapten Ling Liong Tien berkata, beberapa dasar telah ditetapkan termasuk keperluan penumpang supaya membawa dan memakai topeng muka sendiri sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Tidak terkecuali semasa mendaftar masuk dan mengambil bagasi. Mereka yang gagal berbuat demikian tidak dibenarkan menaiki pesawat.



Penumpang juga bertanggungjawab penuh untuk memastikan bahawa mereka melepasi syarat atau mendapat kebenaran untuk ke luar negara  atau merentas negeri, sebelum membuat sebarang tempahan penerbangan. Syarat dan kebenaran boleh rujuk di sini.

Bagi yang telah membuat tempahan penerbangan, penumpang perlu berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum perlepasan. Ia bagi memudahkan urusan daftar masuk dan naik pesawat dapat dijalankan dengan lancar.



Dasar bagasi kabin

Bagi mengurangkan kontak yang tidak diingini antara penumpang di dalam kabin, Air Asia turut menyemak semula dasar bagasi kabin untuk memudahkan penjarakan sosial, terutamanya semasa naik dan turun pesawat. Setiap penumpang dibenarkan membawa satu bagasi (tidak melebihi tujuh kilogram) sahaja di atas kabin. Pastikan bagasi yang dibawa boleh disimpan di bawah kerusi hadapan.

Bagi penumpang yang ingin membawa bagasi yang lebih besar dan berat, disarankan supaya membeli bagasi tambahan semasa membuat tempahan dan daftar masuk lebih awal. Maklumat penuh boleh dirujuk di sini.

Berikut merupakan langkah yang diambil pihak Air Asia bagi menjamin keselamatan penumpang :

Pembersihan pesawat

  • Setiap pesawat akan menjalani proses nyahkuman mengikut garis panduan Airbus Aircraft maintenance Manual (AMM).
  • Bagi penerbangan yang tiba waktu malam, ia akan menjalankan proses pembersihan selama dua jam (berdasarkan arahan pihak berkuasa kesihatan ). Maklumat lanjut boleh dirujuk di sini.

Sebelum penerbangan

  • Pemeriksaan suhu akan dilakukan di setiap checkpoint (laluan masuk) sehingga ke pintu perlepasan.
  • Kru pesawat juga akan menjalankan pemeriksaan suhu setiap kali selepas syif mereka berakhir.
  • Pensanitasi tangan akan disediakan disepanjang laluan penumpang dan kru ke pesawat.
  • Penjarakan sosial juga dipantau dan akan terdapat penanda di lantai di kawasan untuk beratur, termasuk kaunter daftar masuk serta kiosk.
  • Kaunter daftar masuk alternatif akan dibuka untuk memastikan jarak sosial dapat dilaksanakan.
  • Pihak Air Asia juga sedang mengusahakan untuk mewujudkan proses daftar masuk tanpa kontak.
  • Prosedur seperti semburan nyahkuman aerosol dan taklimat penerbangan (tambahan info kesihatan dan keselamatan) turut dilakukan.

Dalam penerbangan

  • Semua kru kabin akan mengenakan peralatan perlindungan diri termasuk topeng muka dan sarung tangan.
  • Pesawat juga dilengkapi dengan penapis udara HEPA yang biasanya digunakan di hospital.
  • Kru kabin juga telah dilatih untuk mengendalikan pesakit yang kurang sihat di dalam kabin selain, mengankan sarung tangan ketika mengagihkan makanan. Pemeriksaan suhu juga dilakukan semasa tiba di destinasi.

Ketibaan

  • Borang deklarasi kesihatan akan diserahkan untuk diisi oleh penumpang.
  • Thermal scanning akan dijalankan kepada setiap penumpang. Penumpang transit tidak dibenarkan keluar dari kawasan ditetapkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung dasar baharu ini boleh merujuk di laman web Air Asia.

Menaiki pesawat sudah ada normal baharu. Jadi perlu biasakan diri dan patuh dasar penerbangan yang ditetapkan. Jangan tanya kenapa tak boleh naik kapal terbang bila tak pakai topeng muka atau suhu badan lebih dari normal.

Sumber : Air Asia

Tags: AIR ASIACOVID-19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

5 juta kerusi tambang terlampau rendah dalam promosi AirAsia bermula Ahad ini

Penumpang AirAsia wajib pakai topeng muka dan dibenarkan bawa hanya satu bagasi kabin

28 April 2020
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER