• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perbezaan DJI Mavic Air 2 Dengan Mavic Air 1

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:17 pm
  • 28/04/2020
  • Komen
Perbezaan DJI Mavic Air 2 Dengan Mavic Air 1
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang digembar-gemburkan, DJI telah melancarkan Mavic Air 2, ahli terbaru keluar Mavic selepas Mavic 2 dilancarkan tahun lalu.

Daripada sudut fizikaliti, nampaknya Mavic Air 2 diberikan DNA Mavic yang sebenar iaitu rekaan aggresif dengan warna kelabu tak seperti Mavic Air asal yang menerapkan rekaan kebudak-budakkan seperti DJI Spark dulu.



Mavic Air
DJI Spark

Selain fizikaliti, spesifikasi teknikal juga nampak nyata ditambah baik berbanding sebelumnya. Bukan saja pada pesawat, keupayaan videografi juga diperbaik. Berikut adalah ringkasan perbezaan Mavic Air 2 dengan generasi sebelumnya.

Pertama sekali adalah pada bahagian videografinya. Kamera pada Mavic Air 2 kini diberikan sensor yang lebih besar. Bukan saja 23% lebih besar, malahan bilangan pikselnya naik empat kali ganda kepada 48MP.



Juruvideo tentu berpuas hati dengan keupayaan rakaman 4K sehingga 60 bingkai sesaat pada bitrate setinggi 120 Mbps ataupun video gerak perlahan 240fps pada resolusi HD Penuh.

Ciri sebagus ini perlukan storan yang lebih luas untuk menyimpan data. Untuk tujuan tersebut, dron ini menyokong kad mikro-SD setinggi 256GB dengan 8GB storan terbina.

Mavic Air 2 dilengkapi dengan gimbal tiga paksi. Tapi untuk generasi ini, paksi tilt (dongak & tunduk) boleh beroperasi dalam julat -135 darjah hingga 45 darjah. Ia bermakna drone ini boleh tunduk dan dongak lebih jauh darpiada biasa. Kalau tu belum cukup mengagumkan, paksi pan (toleh kiri & kanan) boleh pergi sehingga 100 darjah berbanding 12 darjah sahaja pada drone sebelum ini.

Mavic Air 2 33% lebih berat daripada Mavic Air 1. Ia menjelaskan kapasiti bateri 47% lebih besar (3,500mAh vs 2,375). Ia diterjemah kepada waktu operasi sehingga 50% lebih panjang.

Lagi bahagian yang ditambah baik adalah pada suapan video. Model kali ini mengguna pakai teknologi proprietari OcuSync 2.0. Biasanya teknologi ini ada pada drone kelas professional seperti Phantom. Antara kelebihan yang boleh anda jangka adalah jarak operasi sehingga 18.5km berbanding 10km sebelum ini.

DJI tidak terlepas pandang bahagian keselamatan. Pada badan Mavic Air 2 ada empat sensor keselamatan masing-masing satu menghadap ke atas, bawah, depan, dan belakang.

Setakat ini, harga rasmi hanya ada dalam unit USD sahaja. Tanda harga yang dimilikinya adalah USD799 (RM3,492) untuk set asas. Fly More Kit dijual pada harga USD988 (RM4,314). Dalam combo tersebut, anda menerima beg penyimpan, pelindung kipas, hub pengecas, 3 bateri tambahan, dan ND filter.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji mavic air 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Perbezaan DJI Mavic Air 2 Dengan Mavic Air 1

Perbezaan DJI Mavic Air 2 Dengan Mavic Air 1

28 April 2020
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER