Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi 10 Youth Edition Diperkenal Di China Dengan Zoom 50X

Di Eropah dulu, Xiaomi telah mengumumkan 3 ahli pertama keluarga Mi 10 yang dijual pada harga bermula EUR 349 (RM 1,653). Di China, keluarga ini terima satu lagi ahli baru iaitu Mi 10 Youth Edition. Daripada segi spesifikasi teknikal, ia adalah Mi 10 Lite kecuali pada bahagian kamera belakang.

Telefon ini hadir dengan konfigurasi kuadkamera belakang. Tapi, kalau di Mi 10 Lite ada kamera 2MP monokrom, pada Mi 10 Youth Edition, kamera ultralebar digantikan dengan lensa periskopik yang berikan keupayaan mengezum 5x optikal ataupun 50x zum digital.

 Lain-lain komponen adalah sama iaitu kamera 48MP, 8MP (ultraleber), dan 2MP (makro). Selain kuadkamera belakang, anda juga boeh gunakan kamera depan 16MP untuk megambil gambar selfie.

Atas papan utama, Mi 10 Youth Edition dikuasakan SoC Snapdragon 765G 5G. Bergandingan dengan SoC tersebut ialah RAM antara 6GB ataupun 8GB. Storan yang boleh dipilih pengguna ialah antara 64GB, 128GB, dan juga 256GB.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,160mAh. Ia menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4+ dan PD3.0. Dalam kotak, blok pengecas 22.5W disediakan dan telefon ini tetap mengekalkan jek audio 3.5mm dan pemancar inframerah.

Harga Mi 10 Youth Edition di China adalah seperti berikut:

  • 6GB + 64GB – RMB 2,099 (RM 1,295)
  • 6GB + 128GB – RMB 2,299 (RM 1,418)
  • 8GB + 128GB – RMB 2,499 (RM1,542)
  • 8GB + 256GB – RMB2,799 (RM 1,726)

Sumber: MI

BACA  DJI tangguhkan acara pelancaran dua gimbal baru ke bulan Oktober