Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Black Shark 3 berkuasa Snapdragon 865 5G ada banyak diskaun di hari pertama jualan

Siri Black Shark 3 hari ini telah mula dijual secara rasmi di Malaysia. Ia membawakan kuasa Snapdragon 865 bersama sokongan 5G, dalam peranti gaming yang digemari ramai peminat permainan video. Terdapat 2 model yang dibawa masuk ke Malaysia, iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro.

Bagaimanapun, hanya Black Shark 3 yang akan mula dijual pada 30 April 2020, versi Pro pula akan datang pada bulan Mei. Bersama itu, harga Black Shark 3 turut diumumkan iaitu RM2,799, dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Khas di hari pertama jualan, 400 pembeli pertama Black Shark 3 di Stor Rasmi Black Shark di Shopee akan menerima diskaun sebanyak RM150. Lebih baik lagi, 150 pemberli pertama akan turut menerima hadiah percuma berupa pad tetikus bernilai RM99, FunCooler Pro bernilai RM199, hadiah misteri bernilai RM300 dan jaminan perlindungan keretakan skrin bernilai RM299.

Selain itu, Black Shark Malaysia turut memberi diskaun istimewa untuk aksesori Black Shark yang lain, eksklusif di Stor Rasmi Black Shark di Shopee. Harga jualan dan diskaunnya adalah seperti berikut:

  • Black Shark 3 (8GB+128GB) – RM2,799 RM2,649
  • Black Shark 2 Gamepad Left Side + Slide-Out Protective Case – RM199 RM180
  • Black Shark 2 Gamepad Right Side + Slide-Out Protective Case – RM209 RM189
  • Black Shark 2 Gamepad Left & Right Side + Slide-Out Protective Case – RM299 RM270
  • Black Shark Bluetooth Earphones 2 – RM399 RM360
  • Black Shark FunCooler – RM139 RM125
  • Black Shark FunCooler Pro – RM199 RM180
  • Black Shark QuickCharge PowerBank – RM119 RM107

Black Shark 3 turut akan dijual bersama gandingan beberapa aksesori. Set jualannya seperti berikut:

  • SET ROOKIE: Black Shark 3 + FunCase – RM2,849
  • SET ELITE: Black Shark 3 + FunCase + Kabel Pengecas Magnetik – RM2,929
  • SET LEGENDARY: Black Shark 3 + FunCase + Kabel Pengecas Magnetik + Gaming Earphone – RM2,999
BACA  Bukan sahaja TikTok, LinkedIn juga di-kantoi-kan iOS 14 kerana intai kandungan clipboard anda

Black Shark 3 ialah telefon pintar gaming terkini dengan kuasa terhebat Snapdragon 865, serta sokongan rangkaian 5G. Ia memiliki skrin AMOLED 6.67-inci HD Penuh tanpa takuk dan lubang, dengan resfresh rate 90Hz.

Bagi memenuhi keperluan gamer, telefon ini memiliki pembesar suara stereo yang menembak ke depan, serta jek audio 3.5mm. Selain itu, ia dilengkapi bateri sebesar 4,720mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W USB-C.

Ia juga memiliki port magnetik di belakang, yang boleh digunakan untuk mengecas dengan lebih selesa semasa bermain games. Port magnetik ini menyokong pengecasan pantas 18W tetapi kabel dijual berasingan.

Jangan terlepas untuk mendapatkan tawaran hebat sehari Black Shark 3 ini sekarang. Segera ke Stor Rasmi Black Shark di Shopee untuk membelinya.