• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Solat sunat Aidilfitri boleh dilakukan di rumah jika PKP dilanjutkan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:01 pm
  • 30/04/2020
  • Komen
Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara
Share on FacebookShare on Twitter

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor memaklumkan bahawa umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama ahli keluarga pada Hari Raya nanti di rumah masing-masing sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Hal berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 26 April 2020, mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.



Jelas beliau, solat sunat Aidilfitri boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah. Pelaksanaannya mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga. Bagi ahli keluarga yang baru sembuh dari jangkitan COVID-19, mereka tidak digalakkan untuk solat berjemaah tetapi boleh melakukannya sendiri selain, menjalankan kuarantin di rumah.

Tiada halangan untuk pesakit dan petugas di hospital melaksanakan solat sunat Aidilfitri namun, perlu mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Solat sunat Aidilfitri dan takbir raya di masjid atau surau boleh dilaksanakan oleh Imam, bilal serta siak, tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).

Bagi takbir raya, di masjid atau surau boleh dilakukan dengan memainkan rakaman, manakala bagi di rumah, setiap keluarga digalakkan melaungkannya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Panduan solat sunat Aidilfitri boleh dirujuk di laman Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (Jakim) dan takbir raya pula di Bahagian Hab Halal Jakim di sini.

Sementara itu Jakim dalam status Facebooknya pada 29 April 2020, menafikan bahawa pihaknya telah mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Panduan yang tular di laman sosial sejak 28 April itu dianggap tidak sah kerana tidak dikeluarkan mengikut saluran rasmi Jakim.

Walaupun Jakim belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang panduan sambutan Aididlfitri, orang ramai boleh menjadikan amalan di Pulau Pinang sebagai rujukan. Ketua keluarga terutamanya, sudah boleh mula belajar cara-cara menunaikan solat sunat Aidilfitri supaya tiada masalah nak imamkan ahli keluarga.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Tags: Hari Rayahari raya aidilfitriJAKIMMufti Pulau Pinang
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara

Solat sunat Aidilfitri boleh dilakukan di rumah jika PKP dilanjutkan

30 April 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER