• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: 4 orang ahli keluarga serumah dibenarkan naik kenderaan ketika keluar rumah

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:50 pm
  • 04/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020, kerajaan memberi kelonggaran untuk empat orang menaiki kenderaan persendirian ketika keluar rumah dengan syarat bahawa mereka merupakan ahli keluarga yang tinggal serumah

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu diberi berikutan tiada isu untuk penjarakan sosial dalam kenderaan sekiranya penumpang adalah ahli keluarga dari rumah yang sama.



Tindakan juga akan diambil kepada mereka yang ingkar dan mengambil kesempatan atas kebenaran ini dengan membawa kawan atau penumpang bukan dari rumah yang sama di dalam satu kereta.

Sejak PKP fasa ketiga, kerajaan telah memberi kebenaran keluar rumah dengan seorang untuk satu kenderaan. Perkara itu dilonggarkan dalam fasa keempat bermula 1 Mei 2020, dengan membenarkan  dua orang menaiki satu kenderaan.



Sementara itu, Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa pengangkutan awam akan beroperasi seperti sebelum PKP. Ia susulan pelaksanaan PKPB yang membenarkan kakitangan awam dan swasta untuk kembali bertugas.

Mereka yang kembali bertugas dinasihatkan supaya menjaga jarak sosial, kebersihan diri dan mengamalkan langkah pencegahan ketika menaiki kenderaan awam dan di luar rumah.

Kapasiti penumpang untuk semua jenis kenderaan awam dihadkan kepada separuh daripada jumlah sebenar bagi membendung jangkitan COVID-19. Selain itu, tempat berdiri di dalam lif juga perlu ditandakan untuk menjaga jarak sosial.

Dengan PKPB yang telah bermula 4 Mei 2020, masyarakat pula perlu mula berdiri atas kaki sendiri untuk menjaga diri dari jangkitan COVID-19. Oleh itu, kita masih perlu patuh dengan arahan dan manfaatkan kelonggaran yang diberikan, bukan ingkar atau ambil kesempatan.

Sumber: Berita Harian, Metro, MyRapid

Tags: Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPB: 4 orang ahli keluarga serumah dibenarkan naik kenderaan ketika keluar rumah

4 May 2020
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN