• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lima permainan konsol retro ini boleh dimainkan secara percuma dalam talian

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:49 pm
  • 05/05/2020
  • Komen
Lima permainan konsol retro ini boleh dimainkan secara percuma dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang membesar dengan permainan video konsol dan arked pasti tidak asing dengan jenis-jenis game yang kini dianggao retro. Daripada tema pengembaraan ke pertempuran, pastinya ia mencetuskan keterujaan semasa zaman kanak-kanak di era 90-an.

Kini laman web SSega, memberi akses percuma kepada lima permainan video retro kepada orang ramai, untuk dimainkan sebagai mengisi masa lapang sepanjang di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.



Lima permainan video berkenaan adalah:

1.  Sonic 2

Dilancarkan untuk konsol Mega Drive dan Sega Genesis pada tahun 1992, Sonic 2 boleh dimainkan oleh dua orang pada satu masa. Sepanjang perjalanan, Sonic akan diiringi teman baiknya, Tail. Permainan ini akan membawa pemain dalam perjalanan menentang Dr. Eggman. Jika Sonic berjaya mengumpul tujuh batu zamrud, ia boleh berubah menjadi Super Sonic.



2. Mortal Kombat Trilogy (MKT)

Dibangunkan oleh Midway pada tahun 1996, MKT merupakan kemaskini daripada versi terdahulu Mortal Kombat 3 yang dilancarkan dalam bentuk permainan arked tahun sebelumnya. Permainan pertempuran ganas versi ini mempunyai beberapa pergerakan baharu. Setiap pergerakan juga akan jadi lebih kuat serta pantas apabila tahap agresif dipenuhi semasa perlawanan. Ia juga menampilkan pelbagai cara untuk menamatkan perlawanan dengan kematian yang dahsyat.

3. Aladdin

Permainan video ini dilancarkan untuk konsol Mega Drive dan Genesis pada tahun 1993. Game ini membawa dunia animasi Aladdin dari Disney dalam bentuk pengembaraan. Ia juga diterbitkan untuk Game Boy, NES and Playstation 4.

4. Street Fighter II: Champion Edition

Ini merupakan salah satu permainan video pertempuran yang popular keluaran Capcom. Versi ini dibangunkan pada tahun 1992 sebagai permainan arked, konsol Super Nintendo, Sega Mega Drive dan Genesis. Dalam permainan ini pemaian akan dapat menggunakan teknik perlawanan baharu dalam karakter popular Street Fighter, Ryu dan Ken yang dikenali dengan serangan “Hadouken” serta “Shoryuken”.

5. Super Mario World

Siapa tidak kenal dengan permainan Super Mario. Lagu latar permainan ini juga popular sebagai nada dering. Diterbitkan untuk konsol Super Nintendo, permainan pengembaraan ini membawa pemain menempuh pelbagai halangan dan peringkat untuk Mario menyelamatkan Princess Peach.

Bagi yang ingin menggamit memori boleh cuba main semula permainan ini. Boleh juga eratkan hubungan dengan anak-anak sambil bercerita kenangan zaman kecil dahulu.

Sumber: Malay Mail

Tags: capcomMega driveMidwaynintendosegaSega Genesis
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Lima permainan konsol retro ini boleh dimainkan secara percuma dalam talian

Lima permainan konsol retro ini boleh dimainkan secara percuma dalam talian

5 May 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN