Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kempen Salam Mubarak Lazada, tawar pelbagai promosi dan aneka pilihan juadah berbuka

Bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Ramadan dan menyambut Hari Raya, Lazada melancarkan kempen Salam Mubarak yang menawarkan pelbagai promosi menarik selain menampilkan pilihan juadah berbuka puasa buat julung kalinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Leo Chow, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kempen ini merupakan insiatif untuk memastikan rakyat Malaysia kekal di rumah. Pihaknya juga menawarkan pelbagai diskaun serta baucar untuk pelanggan mendapatkan keperluan sepanjang bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri.

Menerusi kempen ini juga Lazada turut memperkenalkan lebih banyak vendor-vendor makanan dan minuman (F&B). Pelanggan juga boleh mendapatkan penjimatan yang lebih besar menerusi Lazada Flash Sale, dan menawarkan pilihan membeli-belah serta hiburan menerusi penstriman secara langsung, LazLive bermula 4 hingga 27 Mei 2020.

Selera Lazada

Buat pertama kali, Lazada menyediakan platform untuk orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa kegemaran termasuk hidangan siap makan seperti murtabak, roti john, kuih-muih Melayu dan sebagainya.

Cara untuk membuat tempahan adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman portal Lazada
  2. Pilih juadah berbuka yang ditawarkan
  3. Pilih jenis penghantaran ke alamat yang ditetapkan
    (Tempahan perlu dilakukan sebelum pukul 2 petang pada hari penghantaran Juadah akan dihantar selewatnya pukul 7 petang)

Lazada Flash Sale

Untuk empat hari istimewa, Lazada akan menganjurkan Crazy Flash Sale pada 6, 13, dan 20 Mei serta kempen Mega Day pada 12 Mei 2020 dengan diskaun sehingga 90 peratus.

Pada 12 Mei juga, Lazada turut menampilkan koleksi terbaru produk-produk daripada pelbagai kategori berasaskan kepada tema-tema seperti berikut:

Raya Bergaya : Koleksi terkini baju Melayu, busana Muslimah, kasut serta aksesori

Sihat Berseri: Produk kebersihan, topeng muka, peralatan senaman, produk penjagaan kulit, dan nutrisi tambahan

BACA  Pengesan suhu infra merah terima radiasi dari manusia dan tidak akibatkan barah

Hiburan Raya: Alat elektronik, alatan mainan, hiasan rumah, dan barangan peralatan dapur

Hiburan sempena Aidilfitri

Lazada turut membawakan pelbagai program menarik menerusi LazLive. Menampilkan personaliti-personaliti media sosial yang akan berkongsi demonstrasi masakan (setiap Khamis jam 10 malam) dan fesyen Raya pada 11, 13, 15 dan 17 Mei 2020. Pelanggan juga boleh membeli pakaian yang ditawarkan sambil menonton sesi penstriman secara langsung.

Ganjaran e-Wallet

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi ganjaran Lazada Wallet Heartbeat bernilai sehingga RM77,000 selain, menerima pulangan tunai segera berjumlah sehingga RM15. Caranya hanya menambah nilai di Lazada Wallet. Tempoh sah bermula 8 hingga 11 Mei 2020.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman web Lazada di pautan ini.