• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A51 akan datang dengan RAM lebih besar

  • OLEH Najib
  • 12:37 pm
  • 06/05/2020
  • Komen
Samsung Galaxy A51 akan datang dengan RAM lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan akan memperkenalkan varian baru Galaxy A51, dengan saiz RAM yang lebih besar. Telefon yang popular dengan tema ‘Awesome Screen, Awesome Camera, Long Lasting Battery Life‘ akan dipasang RAM 8GB, berbanding 6GB sebelum ini.

Tiada perubahan lain pada Galaxy A51 yang baharu ini, melainkan pada harganya. Galaxy A51 dengan RAM 8GB akan mula dijual di Malaysia pada 8 Mei 2020, dengan harga jualan RM1,399. Harga ini RM100 lebih mahal dari Galaxy A51 6GB.



Pilihan warna untuk Galaxy A51 yang baru ini juga masih sama, iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White dan Prism Crush Blue. Bersama ini, Samsung memperkenalkan tema baharu khas bagi model ini, ‘Awesomenyer! Jom upgrade!’.

Samsung Galaxy A51 memiliki skrin 6.5-inci HD Penuh Infinity-O dari jenis Super AMOLED, bersama pengimbas capjari di dalam skrin. Ia dikuasakan pemproses Exynos 9611 bersama storan seluas 128GB dan sedia menerima kad mikroSD sehingga 512GB.



Empat kamera di belakangnya adalah gandingan kamera utama 48MP F2.0, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera pengesan kedalaman 5MP F2.2 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapannya pula 32MP, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Bateri di dalam Galaxy A51 sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Speaker telefon ini hanyalah mono tetapi ia memiliki jek audio 3.5mm. Dengan adanya NFC, ia turut menyokong perkhidmatan Samsung Pay.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy A51. Di bawah ini, Samsung Malaysia menyediakan infografik, perbandingan dengan Galaxy A8 Star yang dilancarkan pada tahun 2018.

Tags: samsungSamsung Galaxy A51
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A51 akan datang dengan RAM lebih besar

Samsung Galaxy A51 akan datang dengan RAM lebih besar

6 May 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN