• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga ciri versi plus kini tersedia untuk Samsung Galaxy Buds dalam kemaskini terbaru

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:53 pm
  • 06/05/2020
  • Komen
Tiga ciri versi plus kini tersedia untuk Samsung Galaxy Buds dalam kemaskini terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi pengguna earfon wayarles Samsung Galaxy Buds, anda kini boleh menikmati beberapa ciri-ciri penggunaan seperti Galaxy Buds + menerusi kemaskini perisian terbaru yang tersedia sejak 4 Mei 2020.

Kemaskini itu akan menambah Galaxy Buds dengan tiga ciri baharu yang memudahkan earfon wayerles itu disambungkan dengan komputer, hingga melancarkan aplikasi muzik di telefon dengan sentuhan di buds.



Mudah dipadankan dengan komputer

Galaxy Buds kini boleh dipadankan bersama komputer dengan sistem operasi Wndows 10 ke atas, menerusi ciri Microsoft Swift Pair. Apabila fungsi ini diaktifkan di komputer, earfon akan dipadankan secara terus dengan bluetooth apabila ia berada berdekatan. Lebih ringkas berbanding padanan manual yang perlu menjalani beberapa langkah sebelum dapat menyambungkan bluetooth.

Dengan ciri ini juga, Galaxy Buds berupaya di padankan dengan pelbagai hos pada satu masa. Sambunganya boleh ditukar dengan pantas (dari komputer ke telefon atau sebaliknya).



Peka atau asingkan diri dari sekeliling

Kemaskini ini akan membenarkan pengguna Galaxy Buds menetapkan ciri Ambient Sound secara automatik semasa memakainya (sebelum ini perlu ditetapkan secara manual di dalam aplikasi). Fungsi ini menjadikan pengguna lebih peka dengan sekeliling semasa mendengar muzik atau menonton video di peranti. Ia boleh diaktifkan semasa memakai kedua-dua belah atau sebelah earfon.

Terus ke senarai lagu kegemaran dengan sentuhan

Buat mereka yang mempunyai akaun aplikasi muzik, Spotify, kemaskini baru di Galaxy Buds ini memudahkan anda mendengar senarai lagu kegemaran dengan hanya menyentuh earfon secara Tap & Hold. Ia akan melancarkan aplikasi Spotify untuk memainkan senarai lagu yang disyorkan mengikut rekod kekerapan ia dimainkan sebelum ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat produk Galaxy Buds, sila klik ke pautan berikut:

  • Galaxy Buds
  • Galaxy Buds +

Semakin lama, banyak fungsi yang terdapat di Galaxy Buds + boleh didapati di versi biasa. Walaupun kedua-dua model ini tidak jauh berbeza dari segi luaran, kemaskini terbaru perisian Galaxy Buds hanya menambah fungsi penggunaan earfon wayarles itu sahaja. Perbezaan lain seperti hayat bateri dan kelebihan kalis pelus masih sama.

Tags: Galaxy Budssamsungsamsung galaxy
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Tiga ciri versi plus kini tersedia untuk Samsung Galaxy Buds dalam kemaskini terbaru

Tiga ciri versi plus kini tersedia untuk Samsung Galaxy Buds dalam kemaskini terbaru

6 May 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER