Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hanya MAS guna pesawat penumpang terbesar, Airbus A380 bawa kargo ke London

Walaupun penerbangan komersil ke luar negara masih sepi ekoran penularan wabak COVID-19, Malaysia Airlines (MAS) mengambil pendekatan inovatif dengan menggunakan pesawat Airbus A380 untuk membawa kargo dalam penerbangan mereka.

Menurut kenyataan dari Maskargo, penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London Heathrow London itu membawa 26 tan kargo yang terdiri daripada barangan e-dagang daripada Guangzhou China.

Penerbangan itu juga tidak kembali keesokan harinya dengan pesawat kosong tetapi, kapal MH001 itu turut dipenuhi dengan kargo yang terdiri daripada barang farmaseutikal dan surat.

Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo, Ibrahin Mohamed Salleh berkata, setakat ini belum ada syarikat penerbangan lain yang menggunakan pesawat penumpang jenis A380 untuk membawa  kargo seperti mana yang dilakukan MAS.

Jelasnya jam penerbangan untuk semua pesawat MASkargo telah dipenuhi semaksimum mungkin. Ia bagi memenuhi keperluan penghantaran untuk usaha pemulihan, kemanusiaan dan bantuan COVID-19 serta perniagaan.

Dengan permintaan dan jumlah kargo yang semakin meningkat, pihak MAS melaksanakan inovasi dengan menggunakan pesawat penumpang A330 untuk membawa kargo menerusi projek penumpang-kepada-kargo (P2C).

Menerusi inovasi berkenaan juga, MAS menggunakan pesawat terbesar mereka untuk memenuhi permintaan penghantaran kargo ke London yang semakin bertambah. Penerbangan asal menggunakan pesawat A350 tidak dapat memenuhi jumlah kargo yang perlu dibawa.

Penerbangan pengangkutan MASkargo secara P2C telah bermula sejak 22 Mac 2020. Ia direncana akan berterusan hingga 31 Mei 2020 dengan 250 penerbangan dalam perancangan. Pelaksanaan ini bertujuan bagi memastikan rantaian pembekalan global tidak terputus terutama bagi barang keperluan termasuk perubatan.

Airbus A380 merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia dan digunakan oleh 15 syarikat penerbangan setakat ini. MAS mempunyai 6 pesawat berkenaan.

BACA  Tonton pelancaran Asus ExpertBook B9 untuk menang hadiah bernilai RM3,500

Tidak seperti pesawat kargo, kapal terbang penumpang mempunyai kabin simpanan (kargo) di bahagian bawah. Kebiasaannya, penerbangan membawa kargo tanpa penumpang adalah praktikal dari segi operasi. Sebagai perbandingan, pesawat MASkargo A330-200F mempunyai kapasiti kargo 67 tan.

Walau bagaimnapun, dengan peningkatan kadar pengangkutan kargo dan penurunan harga minyak, penggunaan pesawat penumpang untuk penghantaran kargo dilihat boleh memberikan keuntungan. Untuk mengoptimumkan kapasiti kargo, terdapat sebahagian syarikat penerbangan yang menggunakan ruang penumpang.

Untuk lebih memahami situasi pengangkutan kargo, video berikut daripada Wendover Productions mempunyai informasi berkenaannya.

Sumber: Aircargo News