Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKP: Renovasi rumah dibenarkan, kunjung mengunjung di hari raya masih dilarang

Kerja-kerja pengubahsuaian dan pertukangan rumah yang melibatkan keperluan pengguna adalah dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menyatakan bahawa kebenaran itu diberikan kepada penyewa dan juga tuan rumah.

Jelasnya wujud sedikit kekeliruan berhubung prosedur operasi standard (SOP) berhubung kebenaran ubahsuai rumah hanya diberikan kepada penyewa sahaja.

Bagi kerja-kerja pembaikan dan pemasangan pula kebenaran diberikan untuk keperluan melibatkan utiliti pengguna termasuk air, elektrik, paip dan saliran, serta internet.

Terdahulu, Menteri Kanan (Menteri Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof turut menyatakan bahawa kontraktor kecil boleh meneruskan kerja seperti proses ubah-suai rumah dalam tempoh penguatkuasaan PKP.

Kebenaran itu diberikan kepada kontraktor G1 dan G2 yang mengemuka permohonan dan mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

SOP dan garis panduan am kebenaran operasi dan pergerakan pekerja bagi projek pembinaan dalam tempoh PKP boleh dirujuk di sini.

Tradisi beraya tidak dibenarkan

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa larangan pulang ke kampung dan aktiviti kunjung mengunjung semasa sambutan Aidilfitri adalah usaha untuk mengelak wujudnya kluster hari raya.

Ini berikutan kesukaran untuk memastikan semua orang patuh SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pencegahan COVID-19 semasa di kampung, menjadi faktor utama keputusan itu dilaksanakan.

Jelasnya, walaupun kerajaan telah mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau kepatuhan kepada SOP berkenaan, negara tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk memantau setiap rumah di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, sebarang keputusan akan datang untuk kebenaran pulang ke kampung berhari raya tertakluk kepada Menteri Kesihatan. Beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan PKP.

BACA  Yoodo Yoo-turn, kembali bagi 1GB percuma setiap hari

Walaupun boleh ubahsuai rumah, raya tahun ini tiada kunjung-mengunjung. Jadi kalau buat renovasi sempena Aidilfitri, tahun depanlah boleh tunjuk kepada saudara mara atau kawan-kawan.

Sumber: Malay Mail