Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan Pembelian ThinkPad X1 Carbon Gen-8 Kini Bermula Di Malaysia

Lenovo Malaysia telah mengumumkan yang tempahan untuk miliki laptop flagship ThinkPad X1 Carbon Generasi ke-8 telahpun dibuka.

Menurut mereka, laptop ini akan dijual pada harga bermula RM7,299 dan keatas, bergantung pada konfigurasi dalaman. Setiap produk ini dilindungi oleh jaminan selama 3 tahun lamanya.

Di Malaysia setakat ini, Generasi ke-7 ThinkPad X1 Carbon dijual pada harga RM6,042.65 (RAM 8GB) dan RM6,603 (RAM 16GB).

Spesifikasi ThinkPad X1 Carbon Generasi ke-8

Ini ialah salah satu produk flagship dalam keluarga ThinkPad. Masih kekalkan DNA ThinkPad daripada segi fizikaliti dan warna, anda boleh jangkakan prestasi optimum dalam pakej bermobiliti tinggi dalam produk ini.

Bermula dengan paparannya, ia ditawarkan dalam resolusi bermula FHD+ hinggalah kepada 4K UHD dalan panel sebesar 14”. Ada juga pilihan yang ada PrivacyGuard untuk lebih perlindungan kepada privasi anda.

Atas papan utama, ia diperkasa cip Intel Core generasi ke-10 sehingga Core i7. Peliknya, dalam model Generasi ke-7 pun sudah ada cip Intel Core generasi ke-10 jika lihat pada laman rasmi mereka.

Untuk RAM dan storan, ia ditawarakan dalam beberapa kombinasi. Memori ditawarkan sehingga 16GB daripada jenis LPDDR3 manakala storan ditawarkan sehingga 2TB luasnya daripada jenis SSD.

Yang pasti, Gen-7 dan Gen-8 berbeza pada sudut ia kini dilengkapi Wi-Fi 6 yang lebih pantas.

Laptop ini juga kaya dengan port. Anda beroleh jek-jek seperti:

  • 2 x USB-C Thunderbolt 3
  • 2 x USB 3.1
  • HDMI bersaiz penuh
  • RJ45 LAN
  • Audio 3.5mm
  • Pembaca kad mikro-SD

Daripada sudut keselamatan, webcam pada laptop ini ada pengatup fizikalnya yang tersendiri dan boleh digunakan untuk nyahaktif kamera. Ada juga kamera inframerah untuk nyahkunci biometrik selain pengimbas cap jari daripada jenis match-on-chip. a bermakna, maklumat cap jari anda disimpan dalam laptop berbanding disimpan dalam pelayar awan dan ia dikatakan lebih selamat.

BACA  Realme 7 Pro Edisi Istimewa akan datang minggu ini

Lenovo ThinkPad X1 Carbon dibekalkan bateri sebesar 51Wh. Ia boleh berkhidmat kepada anda selama 18 jam lamanya mengikut pola penggunaan.

Layari laman rasmi Lenovo untuk maklumat lanjut.