Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKP: Perutusan Khas Perdana Menteri 10 Mei, PKP disambung atau dihentikan?

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan satu perutusan khas esok, pada pukul 2 petang, 10 Mei 2020. Beliau dijangka akan mengumumkan perkara berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP di Malaysia telah bermula dari 18 Mac dan kini di fasa ke-4 yang akan berakhir pada 12 Mei. Kerajaan Malaysia masih belum memutuskan untuk menghentikan atau melanjutkan lagi PKP, tetapi PKP Bersyarat (PKPB) telah bermula dari 4 Mei 2020.

PKPB membenarkan hampir semua syarikat beroperasi semula dengan menuruti syarat yang ketat seperti penjarakan sosial dan sentiasa menjaga kebersihan. Ini ibarat isyarat bahawa PKP akan dihentikan di Malaysia tidak lama lagi.

Sumber: @KKMPutrajaya

Malaysia hari ini mencatatkan 54 kes positif baharu COVID-19, dengan satu kes kematian. Kes positif di Malaysia telah turun kepada dua angka selama hampir 2 minggu, dengan 2 hari mencatat kes positif melebihi 100 orang.

Zon hijau dan kuning telah meningkat di seluruh negara dengan zon merah berkurangan. Hanya tinggal 9 zon merah di Semenanjung Malaysia dan 2 zon merah di Sarawak.

Dengan statistik yang memberangsangkan ini, tidak mustahil PM akan mengumumkan PKP dihentikan di Malaysia tidak lama lagi. Tetapi peraturan ketat akan diteruskan menjadi norma baharu yang harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira pihak berkuasa mahupun kaum kerabat terdekat.

Sumber: MKN

BACA  11 gajet yang anda perlu masukkan dalam cart sebelum Lazada 11.11