Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei MatePad T & MatePad: Tablet Terbaru Ini Dijual Pada Harga Bermula RM599

Untuk tahun 2020, tablet pertama hasilan Huawei yang tiba di Malaysia ialah MatePad Pro yang dilancarkan pada bulan lalu. Terkini, mereka lancarkan dua lagi ahli MatePad kedalam pasaran Malaysia.

Menurut Huawei, Huawei MatePad dan Huawei MatePad T boleh mula didapati pengguna kita bermula 16 Mei 2020.

Jika MatePad Pro dijual pada harga RM2,399, MatePad T dan MatePad masing-masing ada harga yang sangat mampu dimiliki iaitu RM599 dan RM1,399.

MatePad T

Pada harga RM599, ia adalah tablet yang sesuai untuk kerja-kerja ringan. Gajet ini ada paparan sebesar 8” pada resolusi HD+. Bateri yang dimiliknya besar iaitu 5,100mAh lantas jadikannya sesuai untuk kegunaan melayan multimedia terutamanya untuk kanak-kanak.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip MediaTek MT8678 beserta RAM 2GB serta storan seluas 32GB. Storannya boleh diperluas menggunakan slot mikro-SD.

MatePad

MatePad adalah varian yang lebih besar iaitu 10.4”, sama seperti MatePad Pro. Tapi berbanding Kirin 990 pada versi Pro, tablet ini dikuasakan Kirin 810, SoC yang menguasakan Honor 9X Pro dan juga Nova 5.

Kombinasi RAM dan storannya lebih baik berbanding MatePad T. Ia dibekalkan RAM 4GB dan storan 64GB malah masih boleh diperluas melalui slot mikro-SD.

Tablet ini menyokong M Pen, tapi perkakasan itu perlu dibeli asing.

BACA  Amerika pinda arahan sekatan Huawei kerana 5G