Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Petugas Lalamove ini beroleh pendapatan sehingga RM10 ribu sebulan di musim PKP

Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa akibat wabak COVID-19, banyak perniagaan dikatakan terjejas teruk. Pada bulan Mac 2020, dilaporkan sebanyak 610,500 rakyat Malaysia yang mengganggur, peningkatan sebanyak 17.1% berbanding waktu yang sama tahun 2019.

Tetapi di sebalik kemelesatan ekonomi ini, terdapat satu sektor perniagaan yang meningkat naik dan mendapat permintaan yang tinggi. Sektor tersebut ialah penghantaran atas permintaan. Salah satu syarikat penghantaran atas permintaan ini ialah Lalamove.

Menurut Lalamove, pada bulan April sahaja, mereka telah menerima pendaftaran pemandu baharu sebanyak tiga kali ganda dari purata kebiasaan. Lalamove menggunakan konsep crowdsource di mana mereka memberi peluang pekerjaan kepada mana-mana pemilik motosikal, kereta, van, truk 4×4 dan lori untuk menjana pendapatan.

Salah seorang yang mengambil peluang ini ialah Sapri bin Tajuddin, berusia 26-tahun. Beliau memegang status penunggang Lalamove Gold Rider sejak 12-bulan lepas, selepas melengkapkan 1,500 tempahan sepanjang hayat. Beliau menjelaskan, untuk bulan April 2020 sahaja, beliau telah menjana pendapatan bersama Lalamove melebihi RM6,000, sekali ganda dari purata yang diperolehinya sebelum PKP.

“Sebelum PKP, saya hanya boleh mendapat sekitar RM150 sehari. Tetapi sekarang, saya dengan mudahnya beroleh RM280 sehari,” kata Sapri.

Seorang lagi pemandu Lalamove Gold Driver, Imran bin Ishak berusia 38 tahun, berkongsi kisahnya menjana pendapatan sebanyak RM10,000. “Saya menukar motosikal saya dengan van supaya saya boleh membuat penghantaran dengan Lalamove sebagai mata pencarian. Ternyata ia adalah keputusan terbaik pernah saya buat. Saya tidak menjangka akan beroleh sehingga RM10,000 sebulan dengan Lalamove, tetapi ia telah berjaya saya lakukan.”

Kebanyakan pemandu Lalamove Gold Driver yang lain turut mencatatkan peningkatan pendapatan bulanan mereka. Sepanjang PKP fasa ketiga dan keempat, mereka beroleh sehingga RM7,000. Pemandu Lalamove yang menggunakan van dan lori pula, beroleh pendapatan lebih tinggi, sehingga RM9,000 pada bulan April sahaja.

BACA  PKPB: Tidak lagi terhad 4 orang, sehingga 7 orang dibenarkan dalam satu kenderaan

Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, Shen Ong berkata, “Permintaan orang ramai yang tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran akibat pandemik adalah norma baharu. Dengan permintaan yang terus meningkat, ia akan menjana peluang pendapatan terhadap sektor ini. Ia memberi prospek baharu buat mereka yang cuba mencari pendapatan tambahan.”

“Peningkatan pendapatan terhadap pemandu penghantaran kami merupakan berita yang sangat baik untuk mereka yang bekerja keras. Kami percaya, platform ini dapat membantu mereka di waktu sukar begini di samping menjadi penyelesaian kepada yang mahu menjana pendapatan,” tambah Shen.

Buat masakini, Lalamove memiliki lebih 10,000 penghantar aktif di dalam platform mereka. Pengangkutan dari jenis motorsikal, kereta, van, truk 4×4 dan lori menjadi penyokong peniaga kecil dan sederhana (PKS) serta pengguna harian di seluruh Lembah Klang.