Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Snapdragon 768G Janjikan Prestasi 15% Lebih Baik Berbanding Model Terdahulu

Telefon Redmi K30 Racing Edition yang baru saja dilancarkan di China adalah produk pertama yang menggunakan SoC Snapdragon 768G. Denan pelancaran tersebut, Qualcomm juga ingin mengambil kesempatan mengumumkan SoC terbaharu mereka itu. Menurut butiran spesifikasi teknikal, ia adalah Snapdragon 765G yang di-overclock serta diberikan beberapa benda baru.

Redmi K30 Racing Edition jadi pertama gunakan Snapdragon 768G

Snapdragon 768G miliki tiga kluster. Dua kluster paling berkuasa masing-masing mengandungi 1 teras Cortex A76 ber-clock speed lebih tinggi daripada versi 765G. Tapi, untuk teras cekap tenaga, ia berkongsi jenis teras dan kelajuan dengan model terdahulu iaitu Cortex-A55 pada 1.8Ghz.

Ia mungkin menjelaskan peningkatan prestasi sebanyak 15% pada cip terbaharu ini tanpa apa-apa berita tentang penjimatan tenaga. Ringkasnya, cip ini menelan lebih banyak tenaga berbanding 765G.

Bagusnya cip Snapdragon 768G ini adalah ia menyokong kemas kini Driver GPU secara OTA. Ciri ini sedang dalam proses implementasi oleh pihak vendor kerana ia adalah ciri yang bolehkan kemas kini driver dihantar melalui Play Store yang diterjemah kepada pengoptimuman games yang lebih pantas.

Selain itu,ia turut menyokong Bleutooth 5.2, seperti Snapdragon 865. Antara manfaat yang digendong bersama adalah seperti teknologi audio rendah tenaga untuk hayat penggunaan earfon yang lebih panjang, kualiti audio yang lebih baik, serta keupayaan sambungan ke beberapi peranti klien secara serentak.

Lain-lain ciri yang anda perlu tahu adalah ia ada modem 5G terbina atas cip dan ia menyokong piawaian mmWave yang lebih pantas, walaupun tak banyak negara yang sedang gunakannya sekarang.

Sumber: Qualcomm, ArcTechnica, AnandTech

BACA  Proton X50 - rupa sebenar luar dan dalam