Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tonton pelancaran Poco F2 Pro malam ini di sini

Pocophone atau Poco, pernah menjadi kegilaan ramai pada tahun 2018, sehinggalah tanda pagar #BaikBeliPoco sentiasa kelihatan di merata media sosial. Ia adalah telefon pintar dengan kuasa flagship Snapdragon 845 pada harga sekitar RM1,200 sahaja, jauh lebih rendah dari peranti dengan kuasa yang sama.

Tetapi Poco tidak melancarkan sebarang produk baharu pada tahun 2019, dan hanya memperkenalkan Poco X2 pada awal tahun ini, dengan kuasa kelas pertengahan. Tetapi ia tidak berjaya menarik minat ramai pengguna.

Hari ini, Poco mahu cuba kembali menggegarkan pasaran telefon pintar dengan melancarkan Poco F2 Pro. Pelancaran ini akan dibuat di peringkat antarabangsa menerusi strim secara langsung, pukul 8 malam ini. Jika anda berminat untuk menontonnya, ia akan disiarkan di saluran berikut:

Facebook POCO Malaysia: https://www.facebook.com/POCOMalaysiaOfficial/posts/126439109028536

Facebook POCO Global: https://www.facebook.com/POCOGlobalOfficial/live_videos/

Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1rmxPAYMojYKN

YouTube: https://youtu.be/xytICxa4mFw

Pelancaran Poco F2 Pro boleh dikatakan agak rahsia kerana ia hanya diumumkan oleh Poco sendiri minggu lepas. Sebelum itu, tiada sebarang pendedahan mengenai telefon ini dilaporkan.

Seorang pembocor berita terkenal, Ishan Agarwal berkongsi maklumat yang sedikit. Beliau menyatakan Poco F2 Pro akan menggunakan skrin penuh tanpa takuk dan lubang, memberi petunjuk ia mungkin ada kamera pop-up yang boleh disembunyikan.

Ishan turut berkongsi mengenai warna dan storan Poco F2 Pro. Telefon ini akan datang dalam 5 warna iaitu hitam, kelabu, biru, ungu dan putih. Manakala storannya antara 128GB dan 256GB. Secara ringkas, Ishan menjangkakan ia adalah jelmaan Redmi K30 Pro.

Secara ringkas, Redmi K30 Pro dikuasakan cip Snapdragon 865 5G, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS3.1. Baterinya sebesar 4,700mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W tanpa sokongan pengecas wayarles.

BACA  Mengapa semakin banyak syarikat berhenti beriklan di Facebook Ads pada bulan Julai?
Redmi K30 Pro

Skrin di Redmi K30 Pro tiada takuk dan lubang, berukuran 6.67-inci dari jenis OLED tetapi dengan refresh rate 60Hz sahaja. Kamera hadapannya menggunakan modul pop-up yang boleh disembunyikan, dengan sensor 20MP. Kamera di belakang pula gabungan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP, kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro telefoto 5MP.

Redmi K30 Pro telah dijual di China pada harga berikut:

  • RAM 6GB + Storan 128GB – RMB2,999 (~RM1,837)
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RMB3,399 (~RM2,082)
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RMB3,699 (~RM2,26

Jika benar Poco F2 Pro adalah klon Redmi K30 Pro, bolehkah ia dijual pada harga lebih rendah dari harga di China? Kita nantikan pelancarannya malam ini.