• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Note 10 Lite mengekalkan prestasi dengan harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 2:35 pm
  • 12/05/2020
  • Komen
Mi Note 10 Lite mengekalkan prestasi dengan harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin namanya lebih ringan, tetapi Mi Note 10 Lite sebenarnya mengekalkan banyak ciri-ciri yang sama seperti Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro. Selain itu, ia juga lebih ringan harga agar lebih ramai mampu memilikinya.

Mi Note 10 Lite dilancarkan di Malaysia serentak dengan dua lagi telefon nota Xiaomi, iaitu Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro. Tetapi Mi Note 10 Lite tidak membuka tempahan awal, sebaliknya ia diumumkan terus untuk jualan bermula 12 Mei 2020. Mi Note 10 Lite dengan RAM 8GB dan storan 128GB dijual di Malaysia pada harga RM1,599.



Xiaomi Malaysia turut menawarkan hadiah percuma untuk pembeli terawal Mi Note 10 Lite. Untuk pembeli di Stor Xiaomi di Lazada, mereka akan menerima Mi Business Backpack 2 bernilai RM99. Manakala pembeli di Stor Fizikal Mi Store, akan mendapat powerbank Redmi 20,000mAh bernilai RM99.

Antara persamaan versi Lite ini dengan abangnya, ia mengekalkan skrin melengkung 3D AMOLED, berukuran 6.47-inci dengan resolusi HD Penuh. Ia juga menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 5 di hadapan dan belakang telefon. Pengimbas capjari turut terdapat di dalam skrin.



Prestasi yang sama boleh dijangka pada Mi Note 10 Lite kerana ia menggunakan cip Snapdragon 730G, bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS2.1 seluas 128GB. Selain itu, telefon ini turut mengekalkan bateri mega bersaiz 5,260mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W dan disertakan kepala pengecas 30W di dalam kotak.

Perbezaan ketara pada versi Lite ini ialah kameranya. Berbanding 5 kamera belakang di Mi Note 10, versi Lite ini hanya ada 4 kamera belakang dengan kamera utama 64MP F1.89, bukan 108MP. Di samping itu, ia juga tiada kamera teleskop, sebaliknya menggabungkan kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera pengesan kedalaman 5MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 16MP, terletak di dalam takuk di atas skrin.

Sistem operasi MIUI 11 berasaskan Android 10 digunakan di Mi Note 10 Lite. Ia turut memiliki jek audio 3.5mm, pemancar infra merah serta NFC.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Mi Note 10 Lite iaitu putih, hitam dan warna baru ungu.

Tags: xiaomiXiaomi Mi Note 10 Lite
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Mi Note 10 Lite mengekalkan prestasi dengan harga lebih murah

Mi Note 10 Lite mengekalkan prestasi dengan harga lebih murah

12 May 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER