Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Dua ahli keluarga baru Redmi Note 9 tiba di Malaysia

Dua lagi model baharu untuk keluarga Redmi Note 9 kini dilancarkan di Malaysia. Selepas Redmi Note 9s, rakyat Malaysia boleh mendapatkan Redmi Note 9 Pro yang lebih berkuasa, atau Redmi Note 9 yang lebih murah.

Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 kini menyertai Redmi Note 9s sebagai keluarga siri Redmi Note 9 di Malaysia. Redmi Note 9 Pro memiliki lebih banyak kelebihan berbanding Redmi Note 9s, dengan harga juga lebih tinggi. Manakala Redmi Note 9 adalah peranti yang lebih rendah kuasa dari Redmi Note 9S, juga dengan harga yang lebih murah.

Kedua-dua telefon pintar baharu ini akan mula dijual di Malaysia pada 18 Mei 2020, dengan harga jualan seperti di bawah ini. Harga Redmi Note 9s turut diselitkan untuk perbandingan:

Redmi Note 9 Pro
RAM 6GB + Storan 128GB – RM1,099

Redmi Note 9
RAM 3GB + Storan 64GB – RM649
RAM 4GB + Storan 128GB – RM749

Redmi Note 9s
RAM 4GB + Storan 64GB – RM799
RAM 6GB + Storan 128GB – RM899

Tempahan awal untuk Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 telah dibuka kini, dari 11 hingga 17 Mei 2020 di mana pembeli akan menerima hadiah percuma dengan menempah awal dalam waktu ini. Hadiah percuma tersebut berupa powerbank Redmi 10,000mAh untuk tempahan awal Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 128GB sahaja.

Khas untuk Redmi Note 9 64GB, jualan kilat akan diadakan di Stor Rasmi Xiaomi di Shopee pada 18 Mei 2020. Pembeli berpeluang mendapatkan diskaun RM50 untuk membelinya, menjadikan harganya hanya RM599 sahaja.

Redmi Note 9 Pro

Walaupun lebih mahal dari Redmi Note 9s, Redmi Note 9 Pro masih memiliki kuasa yang sama dari cip Snapdragon 720G. Skrinnya berukuran 6.67-inci HD Penuh berlubang di atas, memuatkan kamera hadapan 16MP.

BACA  Tonton Netflix percuma tanpa perlu daftar di laman ini

Di belakang, ia memiliki 4 kamera gabungan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Pengimbas capjari terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,020mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Menariknya, Xiaomi memberikan pengecas lebih berkuasa 33W, di dalam kotak Redmi Note 9 Pro.

Selain itu, telefon ini masih memiliki jek audio 3.5mm, pemancar infra merah serta dilengkapi NFC. Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Redmi Note 9 Pro iaitu hijau dengan dua corak kemasan belakang, manakala warna kelabu dan putih hanya dengan satu kemasan licin.

Redmi Note 9

Ahli paling murah dalam keluarga ini, Redmi Note 9 menampilkan skrin berukuran 6.53-inci HD Penuh, berlubang di sisi atas. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G85 yang dikatakan lebih berkuasa dari cip Snapdragon 665.

Terdapat 4 kamera di belakang telefon ini iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapannya pula 13MP, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Bateri yang sama besar masih digunakan di telefon ini. Ia memiliki kapasiti 5,020mAh tetapi dengan pengecasan pantas sehingga 18W sahaja melalui USB-C. Xiaomi masih menyertakan kelapa pengecas lebih berkuasa bersamanya, dengan kuasa pengeluaran 22.5W.

Perbezaan rekaan luar Redmi Note 9 dengan keluarganya yang lain ialah pengimbas capjarinya terletak di belakang, di bawah kamera. Selain itu, ia masih memiliki jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah.

Redmi Note 9 menampilkan tiga warna untuk dipilih iaitu hijau, kelabu dan putih.