Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Acer Spin 3 (2020): Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Acer Spin 3 (2020) dilancarkan pada sekitar sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Hari ini, Acer Malaysia mengumumkan yang tempahan untuk milikinya telahpun dibuka. Acer Spin 3 ditawarkan dalam dua konfigurasi dan dijual pada harga seperti berikut:

  • Intel Core i5 (8GB + 512GB PCIe NVMe) – RM 3,199
  • Intel Core i3 (4GB + 512 PCIe NVMe) – RM 2,699

Sekiranya anda menempah dalam 3 hari pertama ini antara 13 hingga 15 Mei 2020, 50 tempahan yang terawal akan menerima pemberian bernilai sehingga RM1,000. Antara yang anda akan terima adalah:

  • Jaminan tambahan Acer Supercare 2 – RM339
  • Acer Wireless Slim Mouse – RM169
  • Acer USB 2.0 Portable DVD Writer – RM189
  • Urbanista Sydney Bluetooth Speaker – RM219
  • Acer Entry Backpack – RM59
  • Predator Cap – RM49

Acer Spin 3 (2020) boleh ditempah secara dalam talian di gedung rasmi mereka atapun di Shopee.

Spesifikasi Acer Spin 3 (2020)

Laptop ini masih kekalkan rekaan asal seperti kali pertama ia diperkenalkan dalam tahun 2018. Tapi kali ini, ia lebih ringan dan nipis serta engsel 360 darjah laptop ini diperkukuh untuk keteguhan yang lebih tinggi.

Ia ada panel paparan peka sentuhan sebesar 14” pada resolusi FHD. Bingkai paparannya nipis dan tentu sekali menyumbang pada nisbah paparan kepada badan yang tinggi. Stailus juga disediakan untuk digunakan bersama-sama laptop dan ia kini menggunakan teknologi Wacom yang memberikannya peka tekanan pada tahap 4,096.

Atas papan utama, ia diperkasa CPU Intel Core generasi ke-10, sama ada Core-i3 ataupun Core-i5. Untuk varian Core-i3 ia bergandingan dengan RAM 4GB serta storan seluas 512GB. Varian Core-i5 miliki RAM 8GB dan storan 512GB.

BACA  [email protected]: Swift 5 baru kekal wajah lama dan berat di bawah 1kg

Port-port yang ada pada badan laptop ini adalah seperti 2 USB-A 3.1 Gen-1, 1 USB-C (Thunderbolt 3), dan jek audio 3.5mm.