• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RM10 juta hadiah dan ganjaran Hari Raya menanti pembeli peranti Oppo

  • OLEH Najib
  • 2:40 pm
  • 14/05/2020
  • Komen
RM10 juta hadiah dan ganjaran Hari Raya menanti pembeli peranti Oppo
Share on FacebookShare on Twitter

Musim Hari Raya adalah musim membeli-belah. Bagi meraikan kedatangan musim ini, Oppo Malaysia kini menawarkan ganjaran dan hadiah bernilai RM10 juta untuk peminat Oppo di Malaysia.

Dari kini sehingga 31 Mei 2020, pembelian beberapa model telefon pintar Oppo akan menerima hadiah percuma seperti berikut:



  • Siri Oppo Reno – Percuma Oppo Enco W31 (bernilai RM259)
  • Siri Oppo A – Percuma beg Oppo (bernilai RM199)
  • Siri Oppo Find X2 – Percuma Oppo Enco Free (bernilai RM499)

Khas untuk telefon pintar Oppo A9 2020, ia menerima diskaun sebanyak RM100, menjadikan harganya hanya RM999 berbanding harga asal RM1,099. Ia adalah telefon pintar dengan speaker stereo Dolby Atmos, bateri besar 5,000mAh serta kamera utama 48MP.

Oppo juga menyediakan diskaun RM50 untuk pembelian Oppo A92 yang baru, tetapi perlu menebus baucer terlebih dahulu. Baucer ini boleh didapati di dalam aplikasi MyOppo dan seterusnya digunakan di mana-mana stor fizikal Oppo. Untuk pembelian di dalam talian pula, boleh layari laman Promosi A92 untuk mendapatkan kod promosi.



Lebih menarik lagi, pembeli produk Oppo dalam tempoh ini berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah. Acara cabutan bertuah ini akan diadakan setiap hari, pukul 8 malam di Facebook Oppo Malaysia. Sebanyak 100 hadiah disertakan setiap hari berupa:

  • 10x 100% pulangan tunai pembelian telefon pintar
  • 30x Oppo Enco W31
  • 60x baucer diskaun RM30

Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pembeli perlu memuat turun aplikasi MyOppo dari Google Playstore. Kemudian, klik pada banner “Oppo Online Lucky Draw“. Selepas itu, isi maklumat peribadi serta bukti pembelian. Setelah selesai, nombor cabutan bertuah akan dihantar menerusi SMS sebelum pukul 7 petang setiap hari.

Akhir sekali, pembeli perlu menonton siaran langsung FB Live di Facebook Oppo Malaysia pukul 8 malam untuk mengetahui sama ada nombor mereka memenangi cabutan bertuah. Hadiah perlu ditebus semasa siaran langsung diadakan atau ia akan dikira batal jika tidak ditebus.

Semua hadiah dan ganjaran yang disediakan ini, adalah untuk pembelian telefon pintar Oppo di Stor Konsep Oppo, Stor Online Rasmi Oppo, pengedar sah rasmi Oppo, rakan kedai rangkaian Oppo dan rakan e-dagang Lazada dan Shopee.

Tags: Hari Rayaoppo
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RM10 juta hadiah dan ganjaran Hari Raya menanti pembeli peranti Oppo

RM10 juta hadiah dan ganjaran Hari Raya menanti pembeli peranti Oppo

14 May 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN