• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unreal Engine 5 Sedia Perah Keringat PlayStation 5 Dengan 3 Benda Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:08 am
  • 14/05/2020
  • Komen
Unreal Engine 5 Sedia Perah Keringat PlayStation 5 Dengan 3 Benda Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol permainan generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan juga Xbox Series X akan tiba kurang setahun daripada sekarang dan tentunya pembangun permainan perlukan peralatan baru yang boleh memerah setiap titik keringat yang mampu dikeluarkan platform-platform.

Maka, dengan tidak membuang masa, pembangun enjin permainan Unreal Engine telah mengumumkan versi ke-5 kepada produk mereka sambil menayangkan kemampuan enjin tersebut. Ada beberapa ciri baru yang mereka kongsikan kepada menonton antaranya ialah Nanite dan Lumen.



Nanite

Skima penghasilan render geometri yang dipanggil Nanite adalah sesuatu yang novel dalam dunia enjin permainan.

Sebelum ini, pembangun permainan menghasilkan model berkualiti tinggi sebagai sumber rujukan. Kemudian, daripada situ, mereka rendahkan bilangan poligon untuk disuaikan dengan keupayaan platform permainan sasaran.



Menggunakan sistem Nanite, pembangun boleh mengimport terus model asal masuk ke permainan dan Nanite akan lakukan pengoptimuman secara masa nyata terhadap asset tersebut tanap mengorbankan prestasi.

Bukan sahaja Nanite menjimatkan masa pembangun, malah pemain boleh jangkakan kualiti grafik yang lebih tinggi hasil penggunaan aset berkualiti tinggi.

Lumen

Fully Dynamic Real-Time Global Illumination (Lumen) adalah ciri kedua yang ingin diketengahkan pembangun Unreal Engine 5.

Mensimulasikan cahaya adalah sesuatu yang sangat menjerihkan pada pembangun kandungan. Memang ada teknologi Ray Tracing pada kelengkapan seperti Nvidia siri RTX. Namun pada konsol permainan, RTX tidak wujud dan Lumen dibangunkan khas untuk mencapai kesan seakan Ray Tracing tanpa perlukan kelengkapan tambahan.

Di pihak pengguna, mereka boleh jangkakan kesan pencahayaan yang sangat semula jadi sehinggakan anda sangkakan sedang menonton movie.

Niagara

Ini adalah fungsi simulasi zarah yang ada boleh saling berhubung antara satu sama lain. Dalam demo, anda boleh lihat zarah yang mewakili serangga bergerak balas terhadap zarah yang mewakili lampu.

Tak banyak maklumat yang dikongsikan dan enjin tersebut masih belum boleh didapati. Penganalisis menjangkakan yang permainan berasaskan Unreal Engine 5 ini akan mula membanjiri pasaran seawall tahun 2022, satu tempoh yang agak panjang daripada sekarang.

Sumber: Unreal Engine

Tags: sony playstation 5unreal engine 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Unreal Engine 5 Sedia Perah Keringat PlayStation 5 Dengan 3 Benda Ini

Unreal Engine 5 Sedia Perah Keringat PlayStation 5 Dengan 3 Benda Ini

14 May 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER